Friday, January 29, 2010

Ucapan Terima Kasih.....

Assalamualaikum semua yg masih mengikuti blog saya ni...beberapa bulan yg lepas minda saya telah dibuka dengan beberapa fakta dan hakikat yg sukar diterjemahkan oleh saya. Tapi akhirnya minda akhirnya telah terbuka untuk berfikir dan menerima maklumat diluar kotak pemikiran saya. Sebuah dokumentari yang telah dihasilkan oleh Noregaa bertajuk 'The Arrivals'. Dokumnetari ini berkisahkan tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia kita ini dan kita tidak menyedari apa yang sedang berlaku apalagi untuk memahaminya. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk menyebarkan perkara ni kepada mereka atau lebih dikenali sebagai kawan-kawan yang saya rasa mampu untuk menerima semua ini. Kawan-kawan yg mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka mempunyai kelebihan untuk menjadi seorang pelajar yg bukan sahaja hebat dalam matapelajaran tetapi bagaimana mereka berfikir luar daripada kotak pemikiran...

Dan mereka yg saya maksudkan ialah Syafiqah,Aida,Atiqah,Nuzura,Nalija,Syazlini,Maizatul
Nafisah,Suhaib,Asyaari,Izaan,Aidil,Nabil dan Suriana....Secara terus terang saya mengatakan bahawa mereka ini walaupun nampak seperti mereka yg biasa, tetapi mereka mempunyai potensi yang sangat besar untuk berfikir luar drpd kotak...mereka ni jugalah yang membantu dan memberi semangat kepada saya untuk meluaskan lagi maklumat itu kepada semua warga sekolah...Dan Alhamdulillah pengetua Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah bersetuju untuk membantu saya dalam menayangkan video 'The Arrival' ini kepada semua pelajar SAMPJ...Komitmen yg telah diberikan oleh nama-nama yg diatas td melalui temu-ramah dan sedikit bual bicara dengan mereka membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendapatkan lebih daripada apa yg ada demi kebaikan kita semua.

Jadi saya Megat Hakim bin Lokman mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Syafiqah,Aida,Atiqah,Nuzura,Nalija,Syazlini,Maizatul,Nafisah,Suhaib,Asyaari,Izaan,Aidil,Nabil dan Suriana juga Puan Zamilah Amin bt Hj MOhd Latfie selaku pengetua Sekolah Agama Menengah Paya Jaras ...Komitmen dan bantuan anda semua amat saya hargai...

Friday, January 8, 2010

Qisah-Qisah...

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan..
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari..
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

Tuesday, January 5, 2010

Tahun 2010!!!

Pergh!!! sekelip mata je, dah sekolah balik. Gembira jumpa balik sahabat-sahabat lama, dan x lupa juga pelajar Form 1 yang baru diserap masuk ke dalam sekolah memang menunjukkan perangai dan tingkah laku yang sopan buat masa ini. Harap2nya berterusan sampai bila2. Sepanjang sekolah setakat, ok je cuma buku tulis n all kind of that x dapat. Kadang2 stock habes, so terpaksa tunggu dan tunggu dan tunguu. Bukan ape, yelah koperasi sekolah pun dah mula nak maju. Mana x nya, letak je barang, ZUP!! semua habis dibeli. Memang borong betol pelajar-pelajar SAMPJ ni.
Sekarang ni ahli-ahli Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi dah mula membawa diri masing2 demi memburu cita2 dan impian. Ada yg sekolah kat johor n akan ada lagi yg akan pindah.
Sekarang ni semua dah lain, form 4 sebelom ni ada 1 kelas tp tahun ni ada 2 kelas. Iaitu kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Kebanyakan daripada ahli-ahli memilih kepada prinsip akaun dan selebilangan kecilnya memilih ekonomi asas. Walaubagaimanapun semangat Persatuan itu tidak akan terpadam buat selama-lamanya Insya-Allah. Didoa dan diharapkan begitu. Sekarang ni Alhamdulillah ramai yg ader Myspace n Facebook. Jd lebih senang untuk di hubungi kalau ada majlis reunion.
Sekarang ni apa yang penting ialah bagaimana saya dan sahabat-sahabat yg lain menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Cabaran tahun 2010 pun akan menjadi semakin hebat dan semakin berat ujiannya. Buku Nasyid 3.0 juga telah mula dijalankan. Jadi setakat ni segalanya telah berjalan dengan lancar. Jadi sampai sini sahaja......Assalamualaikum....