Thursday, May 27, 2010

Kehidupan - Wafdan

Seluas lautan ku mencari
Istilah kehidupan
kehidupan yang ku inginkan
bahagia di bawah naungan-Nya

Apa mungkin ku temuinya
Didalam kegelapan
Mungkin harus ku mengubah
laluan layar ku

Dimana ertinya
Jika aku masih berdosa
Ibarat dedaunan pohon
Yang gugur tiada nilainya

Kini aku temui
Kehidupan sejati
Yang indah...dan bahagia
Selamanya

Ya Allah.
Aku memohon ampunan-Mu
Ya Allah
Bahagiakanlah diriku
Di dunia dan di akhirat sana

27 May 2010...

Saturday, May 22, 2010

CeRiTa HaRi iNi...

Satu minggu telah pun berlalu. Satu minggu yang penuh dengan segala cabaran lebih-lebih lagi apabila satu minggu itu adalah minggu peperiksaan. Walaubagaimanapun, ia tidak berlalu begitu sahaja. Ada 2 minggu lagi Peperiksaan akan berjalan dan ana perlu menempuh semua itu dengan jayanya. Sahabat-sahabat 4 Qanaah dan 4 Redha juga turut merasai debaran dan keresahan dan tekanan pada waktu ini. Segalanya perlu dibaca kerana tidak membuat persediaan yang awal, maka keadaan menjadi kelam kabut sedikit. Sekarang, ana sedang berusaha untuk memisahkan semua masalah yang ada dan menyelesaikan setiap masalah dengan penuh sistematik dan berstategi.

Tapi, tak disangka begitu banyak cabaran-cabaran sampingan yang hadir dan akhirnya berkumpul menjadi satu bentuk masalah yang besar. Masalah utama yang melanda sahabat-sahabat sekarang ialah masalah senang mendengar cerita-cerita daripada mulut orang dan terus mempercayai cerita yang dibawa tanpa mengkaji dan menyelidik kebenaran sesebuah cerita itu. Ana sendiri pun pernah kena camtu, tapi Alhamdulillah berkat kesabaran Allah permudahkan semua urusan tetapi jikalau ia hanya berhenti pada ana, Bagaimana dengan nasib sahabat-sahabat yang lain?? Itu lah yang sering merunsingkan ana...

Kebanyakan orang tidak suka orang lain menjaga tepi kain dia. Malah, boleh sampai jadi membenci hanya kerana sikap sahabat dia yang "menjaga tepi kain" dia tu. Boleh dia cakap balik.." Eh.!! kau tak payahla nak nasihat2 orang nih. Kau tengok dulu diri kau dah betol ke belom" Apa semua ni?? Ini ke cara muslimin dan muslimat yang berpegang pada Kepercayaan Allah itu Esa. Sebenarnya jenis yang macam ni adalah jenis yang tak tahu ataupun buat2 tak tahu yang kita yang selalu nasihat mereka ni sebab kita sayang kat dia sebagai seorang sahabat.Sebab kita hormat sebagai seorang sahabat. Tapi, majoritinya....Jawapan diatas yang sering berlaku.

Ada juga yang kejap ok kejap x ok. Orang tu buat salah sikit je...dah tak nak layan. Buat muka, cakap pun macam x nak cakap, hanya kerana kesalahan yang kecil. Sepatutnya, dia berjumpa dengan kawannya itu dan bagitau kat dia apa kesalahan yang dia dah lakukan. Ini tidak, Habis dia kutuk kawan dia dalam FB ke MS ke Twitter ke dan kadang-kala ada yang bagi surat layang. Kalau sindir tak mengapa tanpa perlu menyebut nama kawan itu sebab kalau sebut nama ia boleh mengaibkan seseorang itu. kadang-kala sindiran itu ialah sebaik-baik cara untuk menasihat, sebab manusia selalunya tidak suka dan tidak mampu menerima nasihat secara terus....

Itu saja daripada ana......jumpe lagi lain kali...

Monday, May 17, 2010

Oh...Ia Datang Semula...


Masa terlalu pantas berlalu, Esok adalah hari pertama ana akan menghadapi "serangan" mata pelajaran Bahasa Melayu. Esok juga, buat pertama kalinya akan melalui dan mengenali dengan lebih jelas format-format SPM untuk kertas Bahasa Melayu. Tidak disangka, kertas 1 yang dahulunya Objektif kini bertukar Subjektif. Kertas 2....Tak perlu nak dikatakan lagi, memang semua esei. Tapi tidak mengapa sebab inilah yang dikatakan sebagai ujian daripada Allah Taala, Kalau ana mampu berjaya dalam PMR dengan keputusan 6A, ana pasti ana mampu lakukannya dengan bantuan Allah...

Apapun, ana harap ana mamapu mengharungi minggu peperiksaan ini dengan penuh tenang tanpa rasa gentar dan gerun. Semoga Allah menenangkan hati ana, dan sahabat-sahabat yang kini bersama-sama berjuang sehabis mungkin unutk melepasi minggu peperiksan ini dengan cemerlang...Amiiinnn


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini