Sunday, June 12, 2011

Musim Sekolah Bermula !!


Bismillahirrahmanirrahiim...

SEtelah dua minggu kita semua ditakdirkan untuk bercuti. Err, maksud saya 2 minggu " bercuti " bagi mereka yang betul2 bercuti. Tapi, berbeza bagi beberapa golongan pelajar yang ditakdirkan bersekolah pada hari cuti ( Kelas Tambahan, Program Motivasi etc. ). Bagi golongan pelajar tersebut..iaitu saya, saya telah membuat ta'rif cuti bagi golongan pelajar seperti saya iaitu CUTI = SEKOLAH. Maknanya...takde perbezaan antara cuti ataupun sekolah. Nak buat macam mana, norma kehidupan seorang calon SPM 2011


2 minggu sudah pun berakhir, esok bertarikh 13/6/2011. Musim sekolah bermula semula. Jadi saya ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!! kepada semua insan yang bergelar seorang pelajar..

Rasanya tu je..OK Assalamualaikum..:D

Thursday, June 9, 2011

Filem- The 3 Idiots

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah Filem yang bertajuk "The 3 Idiots". Ia mengisahkan tentang 3 orang sahabat Raju, Rancho dan Farhan yang menjalani hidup sebagai seorang pelajar yang menuntut di Sebuah Universiti Kejuruteraan yang terkemuka di India. Filem ini banyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua sebenarnya kalau kita betul-betul menghayati setiap minit dalam filem ini. Tetapi, tak dinafikan memang ada seidikit scene yang tidak berapa elok dipertontonkan. Kita kena faham, filem ini bukannya filem orang Islam, jadi..paham2 je la ye? Yang penting kita ambik mana yang memberi faedah kepada kita.

Ok, filem tersebut mengajar kita konsep sebenar sebuah belajar, tujuan sebenar kita menuntut ilmu. Ia juga mengisahkan tentang sistem pembelajaran yang semakin lama semakin terpesong daripada landasan konsep pembelajaran itu sendiri.

Selain itu, Ia juga mengisahkan tentang nilai sebuah persahabatan yang amat tinggi. Jalinan persahabatan yang terjalin membuatkan sahabat ber-3 ini menghadapi waktu sukar dan senang bersama-sama. Segalanya dilakukan bersama-sama dan memang kelakar jugak la bila diorang ni bersama...haha

Dan, tak lupe juga filem ini mengajar kita supaya tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan sesekali memandang rendah kepada kebolehan orang lain dan yang paling penting ialah filem ini meninmbulkan sebuah persoalan ;
" Bagaimana sistem pembelajaran pada zaman ini?"

Saksikan sendiri filem ini, Insya-Allah anda tidak akan dapat banyak ilmu dan input yang berguna untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.

OH, lupe nak bagitau. Filem ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Aamir Khan dan Kareena Kapoor. Selamat menonton :D

Sinopsis daripada wikipedia.org-
-Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), and Rancchoddas Shamaldas Chanchad "Rancho" (Aamir Khan) are three engineering students who share a room in a hostel at the Imperial College of Engineering (ICE). Farhan is studying engineering to pursue his father's wishes over his own wish — to become a wildlife photographer. Raju is studying to raise his family's fortunes while Rancho, driven by his passion for machines and devices, studies for joy of it. However, due to this different approach Rancho incurs the wrath of dean of college, Professor Viru "Virus" Shahastrabuddhe (Boman Irani). Virus labels Rancho and his friends as "idiots" and attempts on a number of occasions to break up Rancho's friendship with Farhan and Raju. In contrast, Virus' favorite student, Chatur "Silencer" Ramalingam, (Omi Vaidya) believes in mindless memorizing over understanding, in order to reach his goals of corporate and social status. Meanwhile, Rancho also falls in love with Virus' medical student daughter Pia (Kareena Kapoor) when he, Raju and Farhan crash her sister's wedding banquet in order to get a free meal, in the process further infuriating Virus.

Things further escalate when the three friends, who are already drunk, break into Virus' house at night to allow Rancho to propose to Pia, and then urinate on a door inside the compound before running away. The next day, Virus threatens to expel Raju unless he talks on Rancho. Not wanting to betray his friend or let down his family, Raju jumps out of the third floor window and ends up in a coma. Following his recovery, Raju takes an unexpected approach for an interview for a corporate job whilst Farhan decides to pursue his love of photography. The two friends succeed with their tasks and this further enfuriates Virus, causing him to come up with a plan that will jeopardize Raju's job. During this process, Pia overhears this and decides to help Rancho and Farhan by providing them with the keys to her father's office. However, Virus catches them and expels them on the spot. After that Pia angrily confronts him, denouncing him for the death of Pia's brother. At the same time Viru's pregnant elder daughter Mona (Mona Singh) goes into labour. A heavy storm cuts all power and traffic, and Pia is in self-imposed exile because of her revealing of her brother's actions. She instructs Rancho to deliver the baby in the college common room via VOIP. After the baby is apparently stillborn, Rancho resuscitates the baby. Virus reconciles with Rancho and his friends, and allows the trio to stay for their final exams.

Their story is framed as intermittent flashbacks from the present day, ten years after Chatur promised to become more successful than Rancho. Having lost contact with Rancho, who disappeared during the graduation party and went into seclusion, Raju and Farhan begin a journey to find him. They are joined by Chatur, now a wealthy and successful businessman, who joins them, brazenly confident that he has surpassed Rancho and also looking to seal a deal with a famous scientist and prospective business associate named Phunsukh Wangdu. When they find Rancho's house in Shimla, they find a completely different Rancho (Jaaved Jaffrey). From him they come to know that their friend was a destitute servant boy "Chhote" who loved learning, while he, the real Rancho, disliked study. The family agreed to let the servant boy study in Rancho's place instead of labouring. In return, the real Rancho would pocket the qualifications and after graduating, the servant boy will cease all contact. The real Rancho reveals that Chhote is now a school-teacher in Ladakh.

Raju and Farhan find Pia and arrive in Rancho’s school. Pia and the fake Rancho rekindle their love, while Chatur mocks Rancho for becoming a school teacher. He asks Rancho to sign on a "Declaration of defeat" document. When Rancho's friends ask for his real name is, he reveals that he is actually Phunsukh Wangdu himself. Chatur finds out about this and is horrified; he accepts his defeat and pleads his case with Phunsukh to establish the business relationship he was after.-

Friday, June 3, 2011

Punca Penyakit Perpecahan Umat Islam

Perpaduan merupakan keperluan hidup manusia sejagat. Hal ini berpunca daripada cita-cita setiap manusia untuk hidup dalam keadaan aman, damai, selamat, sejahtera dan bahagia selamanya. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). (Surah al-Hujarat: ayat 13).

Oleh itu salah satu daripada matlamat utama pengutusan para Rasul ialah untuk menghapuskan perpecahan dan mengabadikan perpaduan di kalangan manusia.

Itulah cabaran utama yang dihadapi oleh para Rasul iaitu penyakit perpecahan dan pertumpahan darah yang berpunca daripada kesesatan akidah.

Misi utama dakwah yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. juga adalah untuk perpaduan. Kejayaan Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar merupakan satu peristiwa yang paling bersejarah dalam perkembangan Tamadun Islam.

Selepas itu Baginda menyatupadukan mereka dengan golongan Muhajirin yang berhijrah dari Mekah. Maka lahirlah barisan umat Islam yang kuat sehingga akhirnya berjaya menakluk beberapa wilayah dunia dalam masa 80 tahun berikutnya.

Punca utama perpecahan umat Islam adalah kerana meninggalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dan mengikut hawa nafsu. Perpaduan ummah mempunyai banyak hikmah dan kepentingannya.

Antaranya perpaduan merupakan jambatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan ia juga penghalang pada perpecahan.

Pembangunan ummah bermula daripada pembangunan pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan sahsiah, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan sebagainya.

Perpaduan bertanggungjawab menggerunkan musuh Islam. Ia juga merupakan lambang kesempurnaan iman. Misi perpaduan yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk setiap umat Islam hingga hari kiamat nanti.

Perpecahan ummah membawa implikasi yang amat buruk ke atas umat Islam. Antaranya ialah mengurangkan kesempurnaan iman, hilangnya kehebatan ummah dari kaca mata musuh Islam, dijajah dan ditindas oleh musuh, mencemarkan imej Islam, mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. bukan sahaja di dunia malah berterusan hingga hari akhirat, menghilangkan rahmat Allah seperti kurangnya hasil pendapatan dan produktiviti, kemusnahan ummah dan kemusnahan alam.

Bagaimana membina kesatuan ummah? Antara caranya ialah membina kefahaman tentang kepentingan perpaduan ummah. Dengan kefahaman itu semestinya dapat meningkatkan kesedaran dan keinsafan tentang tanggungjawab setiap umat Islam agar berusaha untuk meningkatkan perpaduan.

Pendidikan tidak dapat dinafikan sebagai media utama dalam pembinaan perpaduan ummah. Menyuburkan persekitaran dan suasana perpaduan dengan menggalakkan budaya tolong-menolong, saling bekerjasama, saling ingat mengingati, mengkaji sejarah umat Islam yang terdahulu dan sebagainya.

Elakkan punca yang boleh meruntuhkan perpaduan seperti fitnah, khabar angin, buruk sangka, tapis dan selidiki perkhabaran terlebih dahulu sebelum diterima dan menghargai nilai perpaduan.

Hassan Albanna berkata, bekerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan.

Perselisihan pendapat bukan jambatan untuk memecah belahkan ummah.

Dalam falsafah bangsa kita sudah lama tertanam semangat perpaduan sehingga lahir peribahasa `bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. -

Biodata penulis :
Muhammad Fauzan Bin Dahalan.
Pelajar tingkatan 4 SAM Paya Jaras.
16 tahun.