Thursday, July 5, 2012

Warghh!! penuh sawang!!

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum..

Hmm, nampaknye memang dah lama saya tak update blog ni. penuhnya sarang! lagipon, takde sesiapa pon masuk dan jenguk blog ni, sebab isi dia kurang la. HAHA. FAKTA.

Okay, sebenarnya..saya ni sekarang dah menyambung pelajaran di CFS IIUM di Petaling Jaya. Dalam bidang Sains Kemanusiaan atau Human Sciences. Alhamdulillah, tercapai cita2 nak masuk ke sini. Sebab, selama ni memang dah lama berangan nak jadi sebahagian daripada komuniti IIUM ( International Islamic University of Malaysia )

Sepanjang berada dekat sini, Alhamdulillah.. jumpe ramai kawan baru, pengalaman yang unik, ilmu yang luas. Semuanya serba lain. Kita kena pandai adapt suasana dan keadaan dekat sini. Yelah, nama pon International ( takdelah sangat dekat CFS ( centre for foundation study ) ni. Baru je nak mula program asasi.

Bila kita ada dekat tempat yang baru, kita akan jumpa dengan macam2 jenis orang dengan macam2 jenis perangai. Ada yang macam tu, ada yang macam ni. Ada yang kita boleh jadikan kawan, ada yang kita kena jadikan sempadan. macam2 la! Jadi, kita ni kena pandai pilih la mana yang boleh bawa kesan positif kepada kita dan mana yang patut kita jauhkan supaya anasir2 negatif ni tak masuk dalam diri kita.

- Kalau Berkawan Dengan Penjual Minyak Wangi, Nanti Kita Juga Akan Berbau Wangi -

Itu jela, yang nak dikongsikan untuk post kali ni. saya ni jenis tak banyak idea! takde bakat jadi blogger! HAHA -_-

Minta sesiapa yang terSESAT masuk dalam blog yg tak cool lagi menyakitkan mata ni, doakan la saya yang kini sedang menuntu dia CFS IIUM Petaling Jaya ni :)

Terima kasih yg sudi membaca, Assalamualaikum :)