Monday, December 28, 2009

Cuti Semakin Habis...Sekolah Dah Nak Dekat

Alamak...cenggana ni?? Cuti dah nak habis dah. Tension lah macam ni. Rasa cam x puaslah cuti kali ni. Sepanjang cuti asyik risaukan Result PMR je, Skang ni dah dapat Result.. tp cuti x berbaloi lah kali ni..Bagi sayalah. Kalau anda semua rasa berbaloi..x tahu lah nak cakap ape. Walaubagaimanapun, alhadulillah dapat gak cuti walaupun sekejap. Dapat rehatkan otak dan badan jap sebelum memulakan alam persekolahan yg akan datang. Apapun sepanjang saya yakin anda semua tentu telah mengambil peluang yang ada untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..kan?? ke x?? Kalu x, rugi btol...lakukanlah aktiviti cuti-cuti Malaysia Sepanjang hari keje anda semua ialah berjalan ke sini dan ke sana tanpa henti. Kejap gi Sabah, pastu Sarawak n semua negeri-negeri yg tidak terkecuali. Macam saya x gi jauh..pegi sekitar KL sahaja bersama dengan sahabat-sahabat 3 Hanafi yang lain... Nasib baiklah diorang ikut skali..kalau x, bley jadi boring... OK lah ni sahaja coretan yang mungkin tiada makna buat masa sekarang ni....Assalamualaikum

Tuesday, December 1, 2009

Buku Nasyid versi 3.0

Assalamualaikum semua sahabatku.. Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah pun bersedia dan sedang menerbitkan buku nasyid versi 3.0. Buku nasyid lebih hebat dan lebih cool dari yang sebelumnya. Ye ker?? kalau nak tau tunggulah tahun depan.. Sebenarnya saya terbitkan buku nasyid kerana saya suka. Kenapa saya suka?? cubalah jawab. sape dapat jawab saya kasi hadiah. Betul ni..saya tak tipu.Tulis jawapan di ruangan komen dan saya akan memberikan hadiah kepada anda. Ok, buku nasyid 3.0 ini akan memuatkan beberapa buah lagu nasyid yang mungkin banyaknya melebihi 70 buah lagu. Wuih~ banyaknyer...
Seronok ada buku nasyid, yelah nanti boleh bernasyid bersama sahabat-sahabat lain yang meminati nasyid. Mungkin ada yang tak minat sangat nasyid nih.. Tapi saya lain..semua jenis lagu saya suka..tapi lagu tersebut mestilah ada unsur pengajaran..kalau yang jiwang-jiwang pun biarlah yang ada unsur pengajaran. Betul x?? Apepun saya bagitau just nak inform kepada kowang sumer..sekurang-kurangnya bolehlah di ambil sedikit maklumat daripadanya..
Dengan ini saya mengucapkan bertrillion, berbillion, bermillion terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menerima dengan baik kelahiran buku nasyid ni sejak dari Form 1 saya mula menerbitkannya..huhuh...ok disini sajalah saya berceloteh..sampaikan salam saya kepada keluarga kowang semua..moga sentiasa dalam rahmat-Nya...Assalamualaikum...

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Aidiladha...

.Alhamdulillah sampai juga perjalanan kita semua. Marilah kita sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuan dan kenikmatan. Sesunguhnya Allah menjadikan hari ini sebagai hari yang mulia. Pada hari ini penuh orang-orang ke masjid untuk menunaikan ibadat sunat muakad. Tapi, jangan buat-buat malas pulak nak solat Jumaat..hehe. Hari ni tak dapat nak tengok orang masjid sembelih lembu-lembu di masjid Bandar Baru Sungai Buloh.. Yelah kena balik cepat..nak makan lemang dan daging lembu..Nasib baik x tercekik..lama x makan daging lembu.. Camne ngan sahabt-sahabat sumer punya pengalaman. Kalau rajin, ceritalah sikit kat laman comment.
Apapun kita mesti tahu apa pentingnya hari raya haji atau qurban ni Allah adakan. Ia disambut atas dasar memberi dan merasa. Si pemberi dan si penerima masing-masing menerima dan memberi. Si pemberi daging Qurban akan menerima pahala dan si penerima akan menerima daging qurban dan memberi pula ucapan terima kasih dan itu juga adalah doa. Walaubagaimanapun, ramai di zaman sekarang telah menyalah tafsir kiraan pahala Qurban. Ramai yg mengira pahala melalu jumlah daging yang disedekahkan untuk diqurbankan, Walhal pahala itu dikira melalui siapa penerima daging qurbannya itu?? Adakah penerima itu betul-betul layak?? itulah persoalannya. Tapi x mengapalah kerana segalanya bergantung pada niat yang terbit dari hati seseorang itu.
Hari raya Aidiladha memberi banyak maksud kepada kita semua. Maksud-maksud yang mendalam seperti semangat kerjasama, toleransi, mengingati mereka yang kurang dan bernasib baik dan semangat persaudaraan yang kukuh tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturnanan seseorang. Semangat kerjasama yang terbit apabila pelapah-pelapah yang berkerjasam melapah daging-daging qurban untuk diberikan kepada mereka-mereka yang layak menerimanya. Sikap toleransi yang muncul apabila setiap bahagian daripada daging qurban akan dibahagiakan dahulu kepada yang layak menerima, jika ada yang lebih barulah diberikan kepada yang lain. Memperingati mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi mereka daging-daging qurban untuk dibawa balik dihidang kepada ahli keluarga yang mungkin selama ini tidak pernah merasa daging..jangan pelik.. dunia ini luas, segala boleh terjadi.
Semangat persaudaraan pula bangkit apabila semua umat islam bersatu melaungkan alunan takbir memuji tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.
Apabila semua ini berlaku, maka akan wujudlah satu umat islam yang kuat dan bersatu padu dan itulah yang paling penting. Perpaduan umat islam yang mampu membuatkan kafirun merasa gentar kepada umat islam teruatamanya apabila berjuta-juta umat islam dari seluruh pelusuk dunia menghadirkan diri ke Mekah lalu membentuk satu jemaah yang mampu menggegar jiwa-jiwa kafirun dan juga munafik dan yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, itulah kehebatan umat islam..mampu meredah setiap ujian dan keperitan sepanjang perjalanan haji yang dijalankan demi menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
Jadi, dengan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi dan hormati sekalian...moga sihat sejahtera bersama keluarga disamping mendapat keberkatan dan keredhaan sepanjang kehidupan....Amiiiin.....Assalamualaikum