Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..setelah sebulan kita semua berjuang, berperang dengan nafsu yang telah bertapak dalam diri kita ini akhirnya Allah menganugerahkan kepada kita dengan bulan kemenangan iaitu Bulan Syawal. Allahuakbar..

Bersyukur sangat2 Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih meng-update blog saya ini. Alhamdulillah..


Insya-Allah raya kali ini, mari kita semua manfaatkan dengan mengeratkan hubungan yang jauh, membina hubungan yang roboh dan memulakan silaturrahim yang baru :) Yelah, mungkin selama ni kita tak kenal pon saudara mara kita, kalau diorang balik kampung..kita malu2 nak tegur kan? haha..tapi kali ini mari ubah!

Malam raya, tak tido sebab kat dapur tengah ada masak2...haha. AYah sedang bertungkus lumus masak ketupat dan rendang. mana mak? hehe...mak pon samala tengah tolong..tapi nampak gayanya ayah lagi semangat dalam bab2 masak ni..:)



Pukol 5 pagi nanti akan bertolak ke Bentong, Pahang. Dalam 2 jam insya-ALlah sampai la.

Di Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua follower setia saya ( err..ada ke?? ). Jikalau sepanjang penulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan sesiapa, maaf dipinta. tak berniat pon..:)

Ok, itu saje setakat ini. Insya-Allah nanti saya akan update la beberapa peristiwa2 di pagi raya dan hari raya yang seterusnya...

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment