Bismillahirrahmanirrahiim...27 Oktober 2011..
Menggalas satu misi besar..iaitu menawan dan mengalahkan kertas Add-Math. Cikgu Ruslina meletakkan harapan yang tinggi kepada kami semua, supaya kami semua dapat meningkatkan markah kertas Add-Math..
Misi bermula...Segala yang diingati sedaya upaya cuba dikeluarkan..Nampaknya rakan2 yang lain..nampak tenang menjawab..Tapi tak sangka, diri ini diuji sekali lagi...ujian yg pernah diberi oleh Allah 2 tahun yg lepas...Otak tiba2 blur..tak mampu nak pahamkan soalan..saya menjadi kelam-kabut..soalan yg senang..ditinggalkan..Soalan demi soalan yg sepatutnya sudah dikuasai tiba2 menjadi asing..Satu jam...tak mampu berbuat apa2...terpaksa redha..
Selepas kertas Add-Math dikutip guru pengawas...Saya tahu..semuanya dah berakhir..Rasa nak menitis air mata...sebab tak mampu nak bawa harapan Cikgu Ruslina.." Hmm..takpela..redha je megat. Allah sedang menguji kamu..sekali lagi "Hatiku bersuara..cuba memujuk emosi yang sedang kecewa..Selepas Solat Zohor...Diri kembali tenang...yakin akan peluang yang akan datang..Peluang terakhir untuk membuktikan kemampuan diri..iaitu semasa Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah..Saya YAKIN! Saya mampu..Insya-Allah..
No comments:
Post a Comment