Assalamualaikum..:)
Rasanya dah lama sgt tak update blog ni. so, hai fans ! ( takde sesiapa )
Bisalah, bila dah nak masuk U ni, mula sibuk dgn macam2 perkara. nak isi borang, nak tandatangan orang ini itu, setem sana sini. Agak pening, yela pertama kali nak masuk u mungkin macam tula.
post kali ni tak ada apa yang menarik pon cuma nak berkongsi sebuah artikel yang agak menarik untuk kita semua baca insya-Allah :)
artikel ini saya dapat dari laman zaharuddin.net :)
jadi selamat membaca -
Melabur Secara Halal
Oleh
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
investment
Bagi mereka yang mempunyai lebihan duit, mencari pelaburan yang menguntungkan adalah suatu keutamaan. Malah bagi mereka yang berada di dalam kedudukan kewangan yang sederhana juga tidak terkecuali menlihat-melihat tempat dan cara pelaburan yang baik.
Memanfaatkan wang yang ada bagi tujuan pelaburan sememangnya amat digalakkan di dalam Islam. Malah membiarkan wang terperuk di dalam simpanan merupakan satu tindakan yang tidak digalakkan di dalam Islam kerana itu akan menafikan objektif tadawul atau berlegarnya harta tersebut di dalam pasaran sesebuah kawasan dan Negara hingga tidak dapat dimanfaatkan oleh ramai. Bergerak dan memanfaatkan ramai bukan sahaja suatu sifat yang terpuji bagi individu manusia, malah juga pada harta itu sendiri. Ibarat air yang tertakung lama tidak segar berbanding air sungai yang mengalir memberi manfaat di dareah yang luas dan pelbagai.
Galakkan untuk berusaha dan megembelng tenaga memanfaatkan sumber bumi dan juga harta yang telah dimiliki ini dapat dilihat dari firman Allah swt :
هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُّجِيبٌ
Ertinya : Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya). ( Hud : 61)
أَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
Ertinya: Dan kami turunkan besi dan padanya ada kekerasan dan banyak manfaat kepada manusia ( Hadid : 25)
Manakala disebut di dalam sebuah hadis:
مَنْ بَاعَ دَارًا أَوْ عَقَارًا فَلَمْ يَجْعَلْ ثَمَنَهَا فِي مِثْلِهِ كَانَ قَمِنًا أَنْ لَا يُبَارَكَ لَهُ فِيهِ
Ertinya : Barangsiapa yang telah menjual rumah atau hartanah kemudian tidak menggunakan harga (hasil jualan) itu pada kegunaan yang setanding dengan sebelumnya, sewajarnyalah tiada diberkati pada jualan itu” ( Riwayat Ahmad, Ibn Majah ; Al Fath Al Kabir, As Sayuti, 3/165, bertaraf Hasan menurut Albani)
Melalui hadis ini dapat difahami arahan agar lebih bijak menggunakan keuntungan yang diperolehi dari jualan sesuatu aset bertanah (hartanah) dengan tidak menggunakannya kepada tujuan yang kurang bijak seperti membeli makanan yang akan habis atau kenderaan yang akan susut nilainya, sebaliknya perlu digunakan untuk membeli hartanah (landed and real property) seperti bangunan, rumah dan tanah. Jika digunakan hasil keuntungan jualan hartanah sebegitu untuk pembelian set yang lebih kurang nilai, ia dikira suatu pelaburan yang tidak diberkati.
اتجروا بأموال اليتامى لا تأكلها الزكاة
Baginda Nabi juga bersabda : Ertinya: perdagangkanlah harta anak yatim (yang berada di dalam amanah penjagaanmu) agar harta tersebut tidak susut kerana zakat” ( Riwayat Malik)
Hadis ini jangan lupa disalahfahami, ia ditujukan kepada penjaga anak yatim yang amanah agar memanfaatkan hata yatim yang dijagainya bagi tujuan perniagaan yang baik untuk kemaslahatan anak yatim tersebut. Supaya harta tersebut dapat berputar di dalam ruang ekonomi sesebuah kawasan, merancakkan lagi perniagaan setempat. Hasilnya diharapkan dapat mengelakkan harta simpanan itu susut akibat pembayaran zakat wajib setiap tahun.
Di zaman kita ini yang mana wang kertas digunakan, faktor inflasi yang menyebabkan susut nilai dan kuasa beli juga perlu dilawan dengan berniaga dan melabur agar keuntungan yang bakal diperolehi mampu mengatasi peratusan inflasi dan zakat sekaligus. Itulah suatu indikator bahawa Islam amat menggalakkan umatnya bersifat dinamik dan bijak dalam pengurusan kewangan.
Pelaburan sudah tentu menjadi satu langkah yang popular. Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, pembaca boleh melihat bagaimana prestasi sepuluh tahun beberapa aset popular. Dari hasil yang diperolehi ia jelas menunjukkan pelaburan dalam logam bernilai, emas mendahului carta.
asset_class_
Bagaimanapun, menurut penilaian saya secara peribadi dari sudut etika, menjadikan emas sebagai bahan pelaburan jangka pendek, ia boleh mengundang elemen yang tidak baik justeru kurang digalakkan, berbanding menjadikannya sebagai bahan pelaburan jangka sederhana dan panjang.
KEUTAMAAN SEKTOR
Bagi mereka yang ingin melabur sudah tentu perkara asa yang perlu difikirkan adalah sektor mana yang perlu dipilih untuk diceburi. Dari perspektif Islam, setiap individu bertanggungjawab ke atas penggunaan harta dan wang modal mereka. Bagi insan yang soleh dan baik, tentunya akan digunakan ke arah yang baik juga. Nabi ada menyebut :
نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلرَّجُلِ الصَّالِحِ
Ertinya : Sebaik-baik harta yang baik adalah yang berada di dalam pemikian orang yang baik.( Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Mengapa demikian? kerana setiap pertimbangan individu yang baik ini akan sentiasa menimbang kesan baik dan buruk yang terhasil dari barang pelaburan dan jenis bisnes yang dilaburi. Justeru, mereka pastinya akan memilih sesuatu yang dapat memberi kesan terbaik dan manfaat maksimum kepada masyarakat, bukan seperti jutawan tanpa jiwa kebaikan yang pasti akan memilih sektor pelaburan yang berpotensi memberi banyak untung, apa sahaja yang mempunyai ‘demand’ atau permintaan akan dilayari walau ia banyak mudaratnya. Tatkala itu, akan diikuti permintaan itu melalui pelaburannya walau ia berupa sektor hiburan, perjudian, pelacuran, dadah, rokok, perbankan riba, minuman keras yang pastinya akan merosak agama dan jatidiri masyarakat. Tiada diendahkan walau itu mungkin boleh menambah statistik jenayah dan kemungkaran serta kehilangan unsur berkat dan juga lain-lain kesan buruk kepada masyarakat.
SEKTOR KEUTAMAAN
Senarai keutamaan sektor yang patut dilabur adalah penting bagi seseorang pelabur Muslim yang bertaqwa. Satu pelaburan yang mungkin kurang pada jangkaan keuntungan kewangannya tetapi lebat dengan manfaat ukharawi perlu diberikan pertimbangan serius. Menurut sebahagian besar ulama, turutan keutamaan sektor pelaburan yang halal adalah :
Melabur dalam sektor yang membawa kejituan beragama di kalangan masyarakat seperti stesyen radio dan TV Islam, penerbitan bahan bacaan dan visual yang menyedarkan, model team building berorientasikan nilai Islam, Sekolah Islam dan yang sepertinya.
Alatan, mesin dan juga makanan yang menambah elemen keselamatan nyawa dan jiwa di dalam masyarakat seperti sector pembuatan kenderaan yang berkualiti, ubatan hasil kajian mendalam, makanan yang menyihatkan dan yang sepertinya.
Sektor perumahan awam yang pastinya membantu masayarakat beroleh penginapan yang baik dan berkualiti.
Sektor pendidikan yang merangkumi ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti univeristi dan kolej universiti.
Begitulah serba ringkas turutan keutamaan yang boleh disarankan bagi mereka yang ingin dan sedang memikirkan sektor pelaburan yang diingini.
MODAL
Modal merupakan salah satu halangan dan cabaran besar buat pepelabur, jika sesebuah bisnes yang ingin diceburi itu memerlukan kos yang sangat tinggi, amat jarang kedapatan individu yang mampu menggunakan sepenuhnya wang sendiri untuk tujuan sebegitu. Mereka memerlukan sama ada pembiayaan dari pihak bank atau berkerjasama dengan syarikat atau indidivu lain.
Islam menggalakkan bekerjasama atau bersyarikat dalam menjalankan sesuatu bisnes, malah ia lebih disukai berbanding menjalankannya seorang diri selaku pemilik. Ini tentunya agar manusia dapat saling bantu membantu dalam kebaikan, menikmati bersama keuntugan dan menanggung keperitan kerugian bersama. Ia lebih dekat dengan fitrah manusia yang lebih gembira untuk gembira bersama dan berdukacita bersama yang lain.
Justeru, melihat kepada dalil dari Al-Quran, pernah diisyaratkan hal perkongsian ini :
فهم شركاء في الثلث
Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
Manakala di dalam hadis qudsi disebutkan:
أنا ثالث الشريكين ما لم يخن أحدهما صاحبه
Ertinya : Nabi menyatakan bahawa Allah menyebut :" Allah adalah orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )
SYARAT UMUM
Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti perniagaan dan perkongsian di dalam sesebuah pelaburan ini adalah :-
a. Jika modal itu datang dari institusi kewangan atau bank, WAJIB hanya mengehadkan kepada pembiayaan dari institusi kewangan Islam sahaja.
b. Sebarang jenis pinjaman dari rakan dan taulan mestilah tiada sebarang janji jaminan modal dan jaminan keuntungan. Juga dilarang janji keuntungan pada tempoh tertentu dalam apa jua peratusannya. Itu semua akan menjadikan modal diperoleh dengan cara pinjaman riba yang haram. Tatkala itu, walau perniagaan di dalam sektor yang halal sekalipun, ia tetap menjadi tidak halal.
c. Asas utama perniagaan adalah halal sahaja; tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau berkongsi dalam syarikat yang asas utama perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
d. Perkonsgian modal dan kepakaran dengan bukan Islam; Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan berkongsi dengan individu bukan Islam.
Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a
لا تشاركن يهوديا ولا نصرانيا ولا مجوسيا قلت لم قال لانهم يربون والربا لا يحل
Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya " Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )
Dalil di atas menjadikan Imam Al-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Qudamah pula mengatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.
Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan ia dibenarkan dengan iktikad bahawa sebahagian daripada pendapatan mereka adalah halal sebagaimana Nabi Muhammad pernah diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Riwayat Al-Bukhari; Al-Mughni, Ibn Qudamah).
asset_class_
Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktivitisyarikat ini disokong kuat oleh ulama besar kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. ( Al-Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )
Justeru selagi mana urusniaga utama syarikat atau majoriti dan asas syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :-
روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم
Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )
Demikian beberapa hal asasi yang ringkas bagi mereka yang ingin melaburkan harta dan wang mereka. Inshallah kita akan berbicara lagi berkenaan hal berkaitan yang lain pada siri yang akan datang.
Sekian
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
www.zaharuddin.net
25 April 2012
Wednesday, May 23, 2012
Saturday, March 17, 2012
SPM?? menatang apa tuh??
Bismillahirrahanirrahii..
Okay keputusan SPM keluar 21 Mac 2012. Seram, sebab macam2 boleh terjadi. Result boleh memihak kepada kita atau sebaliknya. Kawan2 yang lain pon sama, semua tengah demam. SPM la ni yang buat hal.
Facebook pon tak boleh bukak, ada masalah. Lagipon, jadual kerja penuh dalam mingggu ni. Tapi tu tak penting. SPM! penting..
Kepada semua calon SPM 2011, Good Luck. May Allah be with you always. If the result are not in our side..don't ever give up your hope. There are many great opportunities that are now waiting for you :) Bukan bermakna tak lepas SPM, hidup hancur, tak bermakna.
ok tu je. nothing great about my post today.
( hari ni dwi-bahasa )
ok.asssalamualaikum

Tuesday, March 13, 2012
Solat Tahajjud
Bismillahirrahmanirrahiim..
( credit: ustazhazizi.wordpress.com )
1- GALAKAN DAN KELEBIHAN
Firman Allah Taala :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”(Surah az-Zariyat ayat 15 hingga 18)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah as-Sajadah ayat 15 & 16)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang bangun malam Ramadhan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” (Hadith riwayat Bukhari)
2- HUKUM
■Solat Tahajjud merupakan solat sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut. Sabda Rasulullah S.A.W.:
أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ
“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)
3- WAKTU
■Dari selepas solat Isyak sehingga Subuh.
■Waktu yang paling baik ialah sepertiga yang terakhir malam atau setelah berlalunya dua pertiga malam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ
Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).
4- LAFAZ NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
“Sahaja aku solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”
5- BILANGAN RAKAAT
■Sekurang-kurangnya dua rakaat, dengan satu salam.
■Tiada had maksima rakaat bagi solat tahajjud.
■Bagaimanapun , yang paling baik ialah sebanyak 11 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain.” (Hadith riwayat Bukhari)
■Dilaksanakan dua rakaat demi dua rakaat. Jika bimbang masuknya waktu Subuh, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dilaksanakan solat witir hanya satu rakaat.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى
Daripada Ibnu Umar, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai solat malam. Baginda bersabda: Solat malam dilakukan dua rakaat, dua rakaat. Jika kamu bimbang telah masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk mewitirkan (mengganjilkan rakaat) solat malamnya itu”. (Hadith riwayat Bukhari)
6- BACAAN
■Tiada sebarang penetapan bacaan tertentu daripada Rasulullah s.a.w. untuk solat Tahajjud.
■Salafussoleh (generasi tiga kurun pertama selepas Rasulullah s.a.w.) gemar memanjangkan bacaan dalam solat, bersesuaian seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain. Baginda solat empat rakaat (dua salam), maka janganlah engkau tanya tentang elok dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat, maka janganlah engkau tanya tentang elok dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat”. (Hadith riwayat Bukhari)
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَافْتَتَحَ الْبَقَرَةَ فَقُلْتُ يَرْكَعُ عِنْدَ الْمِائَةِ ثُمَّ مَضَى فَقُلْتُ يُصَلِّي بِهَا فِي رَكْعَةٍ فَمَضَى فَقُلْتُ يَرْكَعُ بِهَا ثُمَّ افْتَتَحَ النِّسَاءَ فَقَرَأَهَا ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرَانَ فَقَرَأَهَا يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ ثُمَّ رَكَعَ فَجَعَلَ يَقُولُ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ فَكَانَ رُكُوعُهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ ثُمَّ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ثُمَّ قَامَ طَوِيلًا قَرِيبًا مِمَّا رَكَعَ ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى فَكَانَ سُجُودُهُ قَرِيبًا مِنْ قِيَامِهِ
Daripada Huzaifah, beliau berkata: “Pada suatu malam aku solat dengan Rasulullah s.a.w. Baginda memulakan bacaan dengan al-Baqarah. Aku berkata dalam hati: Baginda akan rukuk apabila sampai ayat ke seratus. Kemudian Rasulullah terus membaca (selepas seratus ayat), lalu aku berkata dalam hati: Baginda akan habiskan al-Baqarah dalam rakaat ini. Lalu baginda habis baca al-Baqarah, maka aku berkata hati: Baginda akan rukuk. Kemudian Rasulullah memulakan bacaan an-Nisa’ pula, sehingga habis. Kemudian baginda memulakan Ali Imran sehingga habis. Baginda membaca perlahan-lahan, apabila jumpa ayat tasbih, baginda bertasbih, apabila jumpa ayat doa, baginda berdoa, apabila jumpa ayat berlindung, baginda meminta perlindungan. Kemudian baginda rukuk dan membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ , rukuknya panjang hampir sama dengan berdirinya tadi. Kemudian baginda berkata سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , baginda berdiri lama hampir menyamai rukuknya tadi. Kamudian baginda sujud dan membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى , sujudnya panjang hampir menyamai berdirinya tadi.” (Hadith riwayat Muslim, dalam Bab Galakan Memanjangkan Bacaan Pada Solat Malam)
■Bagaimanapun, jika Tahajjud dilakukan secara berjemaah, adalah makruh Imam membaca panjang jika menyusahkan makmum yang terdiri daripada orang tua, orang sakit dan yang ada urusan, berdasarkan hadith riwayat Bukhari dalam Bab Orang Yang Mengadu Apabila Imam Memanjangkan Bacaan, mengenai teguran Rasulullah s.a.w. ke atas Muaz.
■Bagi yang tidak banyak hafalan al-Qurannya, diharuskan membaca melalui mushaf, atau membaca apa-apa ayat al-Quran yang diingatinya bersesuaian dengan firman Allah
“maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran (dalam sembahyang).” (Surah Muzzammil ayat 20)
7- BEBERAPA ADAB & AMALAN
■Membaca al-Quran ketika solat dengan cara Tartil, iaitu membacanya dengan menunaikan hak-hak huruf al-Quran secara jelas menurut ilmu tajwid.
■Makmum mendengar dan merenung (tadabbur) ayat-ayat yang dibacakan oleh imam. Disunatkan menangis ketika mendengar atau membaca ayat al-Quran, seperti sabda Nabi s.a.w.:
فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا
“Apabila kamu membacanya, maka menangislah.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
■Memperlahankan suara ketika berzikir atau berdoa, seperti arahan Allah Taala dalam Surah al-A’raf ayat 55:
“berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.
■Banyak bertasbih dan beristighfar ketika rukuk dan sujud, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
“Daripada Aisyah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: Rasulullah s.a.w. banyak menyebut ketika rukuk dan sujud:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
(Hadith riwayat Bukhari)
■Berdasarkan pelbagai hadith Rasulullah s.a.w., zikir paling utama ialah membaca al-Quran, zikir لا إله إلا الله dan سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ . Masa selang antara empat rakaat Tahajjud seharusnya diisi dengan zikir-zikir ini, selain doa.
■Mengejutkan ahli keluarga daripada tidur dan mengajak bersama untuk solat Tahajjud berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan sabdanya yang bermaksud:
“Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya”. (Hadis Abu Daud)
8- DOA TAHAJJUD
■Diharuskan berdoa dengan apa-apa sahaja permintaan yang makruf.
■Bagaimanapun, doa Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari ini hendaklah tidak ditinggalkan, di samping doa-doa lain itu.
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ
وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ
فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya.
BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi.
Bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar,
PertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar.
Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum.
Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin.
Biodata Penulis :
Mohd Hazizi Ab Rahman
Sek Ren Keb KGV, 1977-82
SMKA SHAMS, 1983-85
Maktab Mahmud, 1986-88
Universiti al-Azhar, 1989-96
UPM, 2009-2011
http://ustazhazizi.wordpress.com

Subscribe to:
Posts (Atom)