Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, setelah beberapa minggu saya tak meng-update blog ini, akhirnya dapat juga meng-update blog ni. Hmm, dalam beberapa minggu, saya amat sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Sekarang ni, saya dan pasukan nasyid sedang membuat persiapan terakhir untuk pertandingan Amal Islami peringkat Negeri. :D
Oh, lupe nak bagitau, sebenarnya kumpulan nasyid kami iaitu Wafdan telah menjadi johan dalam pertandingan amal islami yang telah diadakan di Sekolah Agama Menengah Rawang beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan rezeki kepada kami untuk terus maju membawa mesej dakwah islam, seterusnya meningkatkan nama sekolah comel kami iaitu Sekolah Agama Menengah Paya Jaras. Kemenangan kami merupakan satu kejutan bukan sahaja kepada pihak lawan malah kepada kami sendiri. Kami sendiri musykil dengan status kami sebagai 'Johan'. Tetapi, para juri professional yang masing-masing daripada kumpulan Brothers, Nowseeheart( kalau tidak silap) mengatakan kami mempunyai kelebihan atas faktor kepaduan suara walaupun hanya 4 orang yang menyanyi. Walaubagaimanapun mereka meminta kami memantapkan lagi gaya persembahan supaya lebih menyerlah.
Kini, kami dalam proses persediaan untuk ke peringkat akhir Amal Islami. Pelbagai persoalan timbul dalam pemikiran kami. Perasaan risau dan keinginan untuk menang juga kini membuak-buak dalam hati kami. Kerana dalam tempoh 26 tahun Sekolah Agama Menengah Paya Jaras tegak berdiri melahirkan beberapa generasi kumpulan nasyid seperti Harmonieyz dan Imtiyaz, kami Wafdan adalah pasukan nasyid yang pertama dalam sejarah yang berjaya melayakkan diri untuk pertandingan Amal Islami peringkat akhir. Bagi kami, ini adalah satu penghormatan untuk kami dan Insya-Allah kami akan berusaha sebaik mungkin.
Di kesempatan ini, saya mewakili Wafdan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah selama ini memberi sokongan padu daripada segi moral dan wang ringgit semata-mata demi memastikan kemenangan kami. Kami berasa amat terharu. Terima kasih juga diucapkan kepada para juri yang telah memberikan kami peluang untuk menjadi johan. Dan tidak lupa, Syukur kepada Allah kerana telah memberikan kemenangan kepada kami. Kepada SAMBEST, SAMER dan SAMTTAJ terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk terus melangkah ke hadapan.
Akhir kata, kami berharap agar anda semua mendoakan kejayaan kami pada pertandingan Amal Islami peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 23 April ini...
terima kasih... :)
No comments:
Post a Comment