Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah kepada Allah S.W.T. Saya baru sahaja terima hadiah, pemberian daripada seseorang, iaitu sebuah buku yang menceritakan tentang keperibadian nabi Muhammad S.A.W. Insya-Allah, dengan adanya buku ini saya akan cuba memanfaatkan lautan ilmu yang terbentang di dalam buku ini. Saya akan cuba meluaskan lagi kefahaman ilmu yand ada di dalam buku ini.
Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda syamail 1 nabi Muhammad S.A.W . Kita akan mengenali dengan lebih dekat karakter fizik Rasulullah S.A.W
"Rasululullah memiliki perwatakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik"
(riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Hadis ini jikalau diamati dan difahami, secara ringkasnya Rasulullah dilihat amat indah pada mata para sahabat. Ini kerana, Allah sangat menjaga setiap inci tubuh Rasulullah sehingga tidak nampak cacat-celanya. Hebat sungguh Allah!
kemudian diriwayatkan lagi oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud
"(Kulit Rasululullah saw, itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari Perak. Beliau juga memiliku rambut yang indah dan rapi"
(riwayat Tirmidzi)
Dapat disimpulkan disini bahawa sesusugguhnya Rasulullah amat menjaga kebersihan diri. Baginda juga merupakan seorang Rasululullah yang amat mementingkan kekemasan sehingga dinyatakan bahawa Rasulullah saw memiliki rambut yang indah dan rapi.
Subhanallah. Begitu indahnya fizikal Rasulullah saw, lantas menjadikan Baginda seorang Rasulullah yang mampu membuatkan sesiapa yang melihatnya menjadi sejuk hatinya, tenang fikirannya.
Itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama untuk kali ini. Insya-Allah, jikalau Allah memanjangkan umur saya Insya-Allah akan ada lagi coretan saya yang seterusnya. Wallaualam...
No comments:
Post a Comment