Saturday, May 21, 2011

Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum :)

Fuh! Tiga minggu yang mencabar! otak pon dah mula rasa nak meletup! makan mula tak jaga!

Hmm, begitulah yang terjadi kepada saya apabila masuk minggu 'exam' ni. Segalanya menjadi tak tentu hala. Kelam-kabut, tak terurus dan huru-hara. Dan tidak dapat dinafikan bila masuk sahaja minggu 'exam', cabaran daripada segala sudut mula la datang. Ada masalah inilah, itulah. Senang kata macam-macam la.

Tapi, apa nak buat? bukankah ini yang dikatakan kehidupan? Kehidupan manusia ni, kalau tak diiringi dengan masalah, huh! tak seronok hidup kita ni. Cuba anda bayangkan sebuah drama yang jalan ceritanya gembira, gelak-gelak sepanjang masa, tak ada langsung babak yang sedih ataupun romantik atau babak yang suspen dan bermasalah? sudah semestinya, kita akan rasa bosan dengan drama tersebut. Maka begitu jugalah kehidupan kita.

Kehidupan...apa tu? Nak dita'rifkan, meluas maksudnye. Setiap orang pasti akan ada jawapannya yang tersendiri. Tetapi, bagi saya kehidupan ibarat sebuah drama! Drama terulung! kita kena pandai mengolah dan mempelbagaikan warna dalam kehidupan kita.

Habis cerita pasal kehidupan, focus semula pada peperiksaan. ARGH! perkataan biasa yang akan keluar daripada hati seorang pelajar biasa, yang melalui kehidupannya dengan biasa. Tetapi, tidak bagi seorang pelajar yang mempunyai misi dalam hidupnya. Pelajar yang sudah menetapkan hala tujunya sudah semestinya telah tertunggu-tunggu tibanya saat itu..exam.

Macam saya, saya suka exam. Exam membuatkan saya..err..senyum?? haha, mungkin kerana pada satu tahap, otak mula tak berfungi dengan baik. jadi, perkara seperti senyum sendirian adalah perkara yang berlaku pada saya. ah! kadang-kala rasa tercabar melihat ada yang cool sahaja, tenang sahaja pada wajahnya. Rasa macam nak pergi dekat dia dan tanya " Apehal ko buat muke cool tu??!!" haha, bukan begitu ye, gurauan semata-mata :)

Ye, itulah minggu exam. Tak lekang dengan pelbagai kisah yang boleh dikongsi bersama. Kesimpulannya, exam ni kira best la ye? setuju? haha, mungkin ye bagi sesetengah orang dan mungkin sebaliknya..

Terlalu banyak berceloteh! banyak lagi yang perlu dibaca. Kena baca buku, baru boleh pass exam :). Contohilah saya, pelajar cemerlang ( Ini namanya, study last minute!)
itulah saya..nak buat camne..jeng2.

Hmm..rasanya itu jelah daripada saya kali ini. Insya-ALLah, kalau ada rezeki dan umur dipanjankan..dapatlah kita bersua lagi..

okla, Assalamulaikum :)

2 comments:

  1. megat, kehidupan itu ibarat sebuah novel.
    setiap orang mempunyai 'novel' yang berbeza :)

    ReplyDelete
  2. :D ye btol tu prof. Ain...terima kasih atas kata2 anda yg bernas itu..huhu

    ReplyDelete