Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita masih diberikan ruang untuk terus hidup di dalam dunia ini. Sebelum itu, mari kita semua berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W supaya Allah meredhai dan memberkati perjalanan hidup kita ini Insya-Allah..
Baiklah,
Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi keperibadian nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah tentang tanda kenabian nabi Muhammad S.AW.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Samurah r.a,
" Saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak Rasulullah, iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati." (riwayat Tirmdidzi, Muslim dan Ahmad)
kemudian, dalam sebuah hadis oleh Abu Zaid Amru b. al-Khatab al-Anshari r.a berkata kepada Ilba' b Ahmar
" Rasululullah S.A.W pernah berkata kepada saya, 'Wahai Abu Zaid! mendekatlah dan usaplah belakangku!' Maka saya pun mengusap belakang beliau, seketika jari-jemari saya menyentuh tanda(kenabian). Ilba' bertanya,'seperti apa tanda kenabian itu?' Abu Zaid menjawab, 'Gumpalan rambut' (riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Jadi, seperti itulah tanda kenabian nabi Muhammad S.A.W yang telah digambarkan oleh para sahabat baginda. Pernah juga dikisahkan, bahawa ada seorang yahudi yang hidup pada zaman Rasulullah mengenali bahawa baginda adalah Rasulullah, kerana tanda kenabian yang pada baginda.
Beruntunglah bagi mereka yang dapat bertemu dengan Rasulullah pada hari akhirat yang kekal abadi nanti. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua untuk bertemu dengan Nabi kesayangan kita semua, iaitu Rasulullah S.A.W.
sekian :)
No comments:
Post a Comment