Friday, January 6, 2012

Jom Belajar Bahasa Arab! :D

Hari ni pergi The Store Sungai Buloh dengan ayah. Saje la kan, lepas Solat Jumaat pergi sana ambil udara sejuk ( Air-Cond.). Jadi, pusing2 la satu The Store tu sambil2 window shopping. Sebenarnya nak simpan duit, nak beli basikal baru ( Hiyargh! ) hehe..tapi akhirnya keluar jugak duit sebanyak RM 21.00 daripada dompet ni. Kurus sket dompet nih..

PERgi kedai buku. Belek2 la buku2 yang best hasil tulisan TG Nik Aziz, Dr Pahrol dan ramai lagi ( sebenarnya baca skali..haha ). Lama jugak berdiri kat situ. Rasanya akak tu pun perasan kot, tapi buat tak tau je..selagi akak tu tak cakap apa2..so selamberk! je la..

Dah nak blah tu, barulah ternampak satu buku ni. Tajuk buku tu " Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa" hasil Wan Rusli Wan Ahmad. Tergerak hati untuk baca buku tu. bukak2 je..hehe gelak2 kat situ gak. Memang best btol buku tu, Santai je belajar bahasa Arab. Takde lah nak pening2, frust memanjang. Sambil hafal, sambil gelak2.

Buku ni lain daripada yang lain. Pengarang ni dia buat cerita2 yang kelakar tapi dalam bahasa Arab. Tapi, dia translate kan dalam bahasa Melayu. Jadi masa baca bahasa arab tu agak blurr....tp lepas tu memang kelakar la sebab tau apa maksudnya.


Bismillahirrahmanirrahiim...

Inilah bukunya, hehe. Rasanya ramai kot yang ada buku ni. RUGI btollah! Patutnya kena cari buku ni awal2 lagi. Konpem hebat bahasa Arab!! ( pujuk diri sendiri ) ahaha...

Tapi, nak guna buku ni...sedikit pemahaman asas bahasa arab kena ada ye, kalau tak satu patah apa pun tak paham. :D

Saya secara personalnya mengesyorkan buku ni kepada semua pelajar2 yang sampai sekarang masih bengap bahasa arab ( iaitu saya sendiri ) dan rasa cam nak pitam bila belajar bahasa arab ( ye, itu saya ) dan rasa nak tido bila belajar bahasa Arab ( itu masih saya) dan...mcm2 lagi la.

Juga disyorkan untuk para guru yang mengajar Bahasa Arab. Kaedah ni lebih Spontan dan tak meng-Tension-kan pelajar2.

Okay, Pergi cepat beli buku ni! :D

Assalamualaikum.

3 comments: