Saturday, August 11, 2012

Masih Belum Terlambat !

Bismillahirrahmanirrahiim.

Rasanya masih berlum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia..dan dunia blog saya ni, eceh! :p Alhamdulillah, sekarang ni umur dah masuk 18 tahun. 18 tahun!! HAIH..lama jugak dah rupanya kita ( bagi sesiapa yang umur 18 la ) diberi kesempatan kepada Allah untuk berjumpa lagi dengan bulan yang penuh barakah ni. SYUKUR. Zahirkan lah rasa bersyukur dengan memperbanyakkan lagi ibadah kita kepada Allah, Insya-Allah. Allah bagitau kita dalam Al-Quran, kalau kita ni bersyukur dengan nikmat yang ada, Dia akan tambah :)

Masih belum terlambat juga untuk saya mengucapkan selamat datang ke fasa terakhr ramdahan iaitu fasa malam ke-sepuluh terakhir ramadhan. SERONOK! apa yang best sangat nih?? Haa..seronok sebab antara 10 malam terakhir ramadhan, ada satu malam ni yang dimana ianya lebih baik daripada 1000 bulan. Allah telah khabarkan berita gembira ini dalam surah Al-Qadr. jadi, sesiapa yang rasa nak tergolong dalam golongan orang yang diberi syafaat malam Lailatul Qadar, dia kenala beribadat lebih sedikit di malam hari sepanjang 10 malam terakhir ramadhan ni :)

Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah : ( www.al-azim.com )

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menggunakan peluang satu bulan yang sangat barakah ni, untuk menggandakan pahala amalan kita dan mencari keredhaan Allah :)

1 comment:

  1. Casino Review in Kenya - Gooyang Casino - Goyang
    Gooyang Casino 엠비 션 주소 is 바카라 사이트 a gambling and gaming site located in Kenya. We will help you in 강원 랜드 여자 our unbiased 위닉스 사이트 and unbiased review. 스피드바카라

    ReplyDelete