Thursday, August 16, 2012

Solat Berjemaah - Mengeratkan Ukhuwah

Bismilllahirrahmirrahiim..

Solat Berjemaah adalah sangat dianjurkan oleh Islam. Malah baginda Rasululullah juga selalu mengingatkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan solat berjemaah. Kata baginda dalam hadisnya yang bermaksud :

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas menerangkan betapa besarnya pahala bagi orang yang mengerjakan solat secara berjemaa'ah. Sehinggakan, mereka ini tergolong dalam golongan orang duduk dalam level 27 dalam golongan orang yang bersolat. Siapa yang tak suka kan? Kalau kita main game DOTA ke, WARCRAFT ke, kita mesti happy dan teruja kalau character yang kita guna tu cecah level 27. Jadi, tak seroonook! ke kalau kita sendiri yang dapat level 27 tu? Tepuk dada, tanya iman :)

Baiklah, kembali kepada topik asal. Bagaiman agaknya Solat Berjemaah itu dapat mengeratkan ukhuwah antara kita semua?

Selama saya hidup selama 18 tahun ini, Alhamdulillah Allah telah menemukan saya dengan pelbagai jenis individu, kumpulan masyarakat. Ada daripadanya kawan2, musuh2, dan sebagainya.

Tapi, satu perkara yang saya lihat daripada segi ukhuwah antara keluarga.

Apa yang kita nampak realiti dunia sekarang ini, banyak masalah dalaman berlaku diantara ahli keluarga. Selalu bergaduh, tak bersefahaman, buruk sangka, kurang komunikasi diantara ahli keluara, tiada rasa hormat antara ahli keluarga dan macam2 lagi.

Kita tak kata, perkara macam ni senang untuk diselesaikan, mudah untuk dibincangkan. Tapi, bagi saya isu sebegini boleh diselesaikan dengan solusi yang telah digariskan oleh Rasulullah. Dan berdasarkan pengalaman saya berjumpa, duduk dalam pelbagai badan atau organisasi atau kumpulan, saya melihat antara cara tercepat dan paling berkata untuk mendapat barakah ukhuwah atau kita boleh kata, kalau kita nak rasa kemanisan ukhuwah tu, antara cara yang kita boleh praktikkan ialah dengan mengamalkan Solat secara berjema'ah.

Saya adalah pelajar Asasi Universiti, baru je masuk sana. Jadi bila baru masuk, kita kena cepat2 cari kawan2 dekat sana, kena rapat dengan kawan sebilik. Jadi, alhamdulillah tak sampai 2 bulan saya dan kawan2 sebilik kenal antara satu sama lain. Tapi, ukhuwah tu dapat dirasa oleh kami semua. Rasa macam dah kenal lama, sampai boleh kongsi rahsia, gelak2 sampai tak ingat dunia, HAHA :)

Dalam konteks keluarga, cara ini juga boleh digunakan. Kita tanya diri kita sendiri, agaknya baru berapa kali kita solat berjema'ah? atau lebih suka untuk solat sendiri walaupun kita tau, masa tu mak ayah, adik-beradik dalam rumah tak solat lagi?



Kadang-kala kita dengar cerita2 dari kawan2, katanya keluarga ada masalah..rasa menyampah nak balek rumah sebab bila balek mesti gaduh. Kalau gaduh sikit2, tu normal. Ini tidak! gaduh macam nak angkat senjata. Ada yang balek rumah, tapi satu keluarga tak bertegur sapa, semua buat kerja masing2. Ada antara kawan saya yang tak tahan bila berdepan dengan situasi macam ni, lebih2 lagi bila situasi ini dicipta oleh ibu bapa tu sendiri.

Seperti biasa " Tak pernah solat berjema'ah, solat sama2 ". Itulah jawapan yang saya dapat bila bertanya.

Hmmphh, bagi saya kita kena kembali kepada cara yang Rasululullah ajar. Kalau nak baiki hubungan ukhuwah antara keluarga, perkara pertama yang kita kena buat ialah Solat Berjema'ah! Ramai saya lihat yang terlepas pandang perkara macam ni. Kita rasa perkara macam ni, perkara remeh! SILAP kita disitu. REMEH inilah yang PENTING.

Insya-Allah, cubalah mulai dari hari ni ajak adik ke abang ke, mak ayah ke solat bersama-sama. Dari solat berjema'ah, kita akan belajar nilai hormat, nilai taat, nilai kasih sayang dan sebagainya.

Inilah realiti. Kita dah ada cara, tapi kita berkeras untuk tidak ikut. Andai kata tak bersedia nak mula dengan ahli keluarga, cubalah mula dengan kawan2. Insya-Allah, solat berjema'ah ni besar fadhilatnya.

Saya tak pandai nak rungkai satu persatu isi2 solat berjema'ah, apatah lagi nak bagi semua faham dengan apa yang saya cuba sampaikan ini, tapi cubalah. Bila semua cara dah dicuba, tapi masih tak menjadi. Satu keluarga masih bergaduh dan tak sehaluan. Moh cube cara ini pulak ye? iaitu Solat Berjema'ah :D





No comments:

Post a Comment