Friday, October 19, 2012

Wake Up !

Bismillahirrahmanirrahiim..

WAKE UP !!

Hmm, mungkin itu ayat yang kita semua patut jerit dkt semua orang. Nampaknya masih ramai yang tak ambil tahu tentang apa yang berlaku kepada saudara2 kita di Syria dan Rohingya. Kalau Palestine tu, insya-Allah kita semua tahu kan? Tapi isu di Syria dan Rohingya? Saya sedikit sangsi. Mungkin kita boleh sama2 hebahkan dan fahamkan orang yang berada di sekeliling kita isu di Syria dan Rohingya.

Secara ringkasnya, isu di Syria bermula secara full-scale, apabila kisah tentang kanak2 Syria yang ditangkap tentera rejim Syria. Kemudian, kanak2 ini diseksa dengan dicabut kuku kaki dan tangan mereka sehinga ada salah seorang daripada kanak2 ini meninggal dunia. Selepas itu, demonstrasi dilakukan tanpa henti, bertali arus dan pengaruh ingin menjatukan Presiden Bashar Al Assad semakin merebak ke seluruh bandar2 utama di Syria. Dan secara ringkasnya pula Rohingya, dimana ia bermula apabila didakwa ada orang Islam Rakhine di sana telah merogol wanita di sana. Jadi, penduduk beragama Buddha di sana yang marah terus menyerang penduduk Islam kaum Rakine disana. Mereka membunuh setiap umat Islam di sana. Angka umat Islam di sana yang berjumlah 6 juta, kini hanya tinggal 800 ribu sahaja sekarang. Malangnya di Syria, mereka langsung tiada daya utk melawan, berbeza dengan keadaan umat Islam di Palestin dan Syria yang masih mampu mengangkat senjata untuk melawan kezaliman.

Jadi persoalannye dekat sini..macam mana eh nak maklumkan, sebarkan isu ini dekat orang di sekeliling kita? terutamanya kawan2 kita?

Gunalah Facebook ke Twitter ke..apa2 je la yang ada dengan sebaiknya :)

Kalau dekat Facebook, insya-Allah lagi mudah dan senang. Kita boleh cari dan LIKE mana2 page yang berkaitan dengan Isu di atas. ingat ! LIKE seberapa banyak yang boleh.

Kemudian. Kita share post2 di page tersebut ke Timeline Facebook kita. Kalau kita ada join group dekat Facebook tu, lagi mudah. Kita share jugak dekat group. Ingat ! share la sebanyak mungkin. Biar Timeline kita tu penuh dengan isu2 ni.

Ha ! bagitau dekat semua kawan2, tolong admin page tersebut. Kita boleh promote kan page tersebut. Minta kawan2 kita yang beribu-ribu dekat Facebook tu utk LIKE page tersebut.

Nanti, bila kita bukak Facebook. News Feed kita akan penuh dengan post2 tentang isu Palestine, Syria, Rohingya dan sebagainya. Takdelah News Feed memanjang penuh dengan post2 cinta-cintun yang merapu tu ! Maafla, bukan tak boleh. Tapi kalau dah setiap post asyik pasal cinta, boyfriend sana girlfriend sini. Bila masanya pulak post kita nak berfaedah sikit?

Kalau dekat Twitter tu, selama ni tweet kita tweet yang banyak merepek dan tak penting contoh macam. - Baru bangun pagi. - Nak sarapan pagi ni - dan sebagainya yang lagi merepek sehinggakan nak ke tandas pon nak bagitau orang. Nasib baik dia tak tweet sekali macam mana cara dia 'melabur', kalau tak...err, okay2 cukup.

Buat kerja macam ni memang takde ganjaran daripada manusia. Tapi, ganjaran daripada Allah itu ada, jika kita niatkan untuk menyedarkan orang yang lain kini masih lagi tidur, hanyut dalam lautan dunia dia yang indah sangat tu. Sampai lupe dekat nasib orang lain dekat luar sana.

Kita ni banyak dosa kan? Mungkin dengan sedikit kerja yang kita buat ni, dapatla menjadi saham kita akhirat kelak. Banyak mana la amalan kita untuk pertahankan kita di depan Allah nanti !? Kerja sukarelawan macam ni memang boring. Kalau dekat Facebook tu, sape je la yang nak LIKE post kita kalau isu tu pasal perkara2 macam ni? Dan siapa pula nak Retweet atau Favouite kan tweet2 kita berkaitan dengan isu2 penting macam ni?

Tapi takpel :) Kerja kita untuk Allah atau untuk manusia?

Biar Allah yang menilai, bukan manusia.

Ye, memang penilaian manusia itu juga penting, sebab kita ni tengah hidup dengan orang di sekeliling kan? Tapi letakkan kuasa penilaian yang paling tinggi kepada Allah, orait?

Semoga usaha kalian dirahmati Allah, saya doakan.

Assalamualaikum.
















No comments:

Post a Comment