Tuesday, April 23, 2013

Membantu Perjuangan Rakyat Syria

SEDAR tak sedar, perjuangan rakyat Syria sudah berlarutan lebih daripada satu tahun. Penderitaan dan jumlah angka korban yang semakin hari semakin meningkat meninggalkan tanda tanya kepada kita semua bila semua ini akan berakhir. Kanak-kanak, wanita dan orang tua tak terlepas menjadi mangsa peperangan yang tercetus diantara Rakyat Syria yang mahukan keamanan dan keadilan dengan Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Asad yang nampaknya tidak akan mudah tunduk dengan desakan rakyatnya. Desakan demi desakan dilaksanakan. Tekanan berupa Demonstrasi jalanan sering dizahirkan bagi melahirkan rasa benci dan marah Rakyat Syria terhadap barisan kepimpinan Basyar Al-Asad.

Namun persoalannya di sini ialah, apakah yang mampu kita lakukan di sini ? Duduk-duduk sahaja setiap hari ? atau meyatakan sokongan dan harapan kita kepada perjuangan Rakyat Syria bahawa kita sentiasa menyokong mereka.

YA kita tidak mampu untuk mengangkat senjata, bersama mereka dalam satu saff untuk memperjuangkan bumi barakah Syria ini. Tetapi, pelbagai alternatif lain yang boleh kita gunakan dalam memastikan setiap orang tidak kira dimana pun mereka berada sekurang-kurangnya tahu akan setiap apa yang sedang terjadi di Syria sekarang.
MEMANIPULASI Facebook dan Twitter adalah satu cara yang sangat dan paling berkesan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang Syria dan isu yang sedang terjadi di dalamnya. Luangkan sedikit daripada masa anda untuk mendapatkan maklumat tentang Syria. Terdapat banyak page yang dikenal pasti menyediakan dan menyalurkan pelbagai maklumat di Syria. Diingatkan juga kepada semua supaya berhati-hati kerana ada juga page yang menyediakan maklumat palsu dan ada pula fitnah yang dilontarkan kepada perjuangan Rakyat Syria.
BAIKlah, antara page yang boleh kita like dan dapatkan maklumat daripadanya –

1- Malaysia Life Line For Syria
2- Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Dua page ini adalah antara page yang dipercayai kesahihan berita yang dibawa, insya-Allah .
APA nak buat bila kita dah baca ?
Senang sahaja ! kita share segala apa maklumat yang kita dapat. Namun, buatlah penapisan maklumat. Pilihlah mana yang terbaik. Maksud saya disini ialah, kita penuhkan Facebook dan Twitter ini dengan cerita dan perkembangan tentang Syria. Berusahalah untuk menyedarkan semua pihak tentang kekejaman yang sedang berlaku di negara Syria. Andai kita mampu mencorakkan perubahan kesedaran rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Syria. Maka, tidak mustahil jika perkara yang sama ingin kita lakukan untuk perjuangan rakyat Syria.

TIDAK SUSAH, MALAH SANGAT MUDAH !

Tanya pada diri sendiri, apakah sumbangan kita kepada Islam ? Dan apa pula sumbangan mereka terhadap Islam ?
Darah. Harta. Keluarga. Masa.

Semua dikorbankan hanya kerana ingin mempertahankan Aqidah Suci Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi MUHAMMAD itu pesuruh Allah.

No comments:

Post a Comment