Thursday, April 25, 2013

Bagaimana Subuh Kita ?

Waktu Subuh

Rasanya dah dekat 19 tahun diri saya sendiri cuba untuk melawan dan mengalahkan cabaran di waktu Subuh ni. Setakat ini memang saya tak dapat nak istiqamah bangun awal sebelum azan berkumandang. Selalu sangat bangun ( betul-betul bangun ) lepas azan dah pun habis berkumandang. Tak solat Subuh ? Astaghfirullah. Kadang-kala ada juga Subuh yang terlepas. Mungkin penat sangat, tidur pun lewat.
Tapi kalau nak jadikan itu sebagai alasan, kenapa orang lain boleh ? Kita tak boleh ? Dia manusia dan saya juga seorang manusia. Iman yang membezakan ? Ya. Saya masih belajar. Sebagai seorang pengembara yang sering tersilap dan tersasar. Kadang-kala terjatuh dan terasa lemah untuk bangun semula.

Fikir balik, Allah kan ada ?

Entahlah. Waktu Subuh adalah antara waktu yang sangat mencabar bagi kebanyakan umat Islam dan itu termasuklah saya. Rasanya selama 19 tahun mengembara di bumi Allah ni, tak terhitung rasanya kelemahan demi kelemahan yang Allah tunjukkan. Lebih-lebih lagi di waktu Subuh.

Dekat luar lagaknya macam hebat. Berwibawa kononnya. Namun sering tewas dengan ‘permainan’ di waktu Subuh ni. Bagi saya cabarannya terlalu berat. Mengantuk, terlebih tidur, kawan tak kejut. Macam-macam sebab yang boleh dijadikan alasan. Tanpa kita sedar itulah refleksi kelemahan dan aib diri yang Allah cuba hadirkan supaya kita sedar banyaknya kekurangan kita ni. Allah nak kita datang dekat dia, tingkatkan lagi cinta kita dekat Allah yang bersifat Maha Penyayang ni.

Tapi, nak cerita betapa Allah begitu penyayang dan memahami ciptaan-Nya yang bernama ‘ Manusia’ ini, yang penuh dengan pelbagai kelemahan dan kehinaan. Allah tak kata kita ni berdosa kalau terlepas waktu solat disebabkan tertidur. Ulang sekali lagi. Tertidur.


Hadis Berkaitan
Dalam hadis Rasululullah yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata
“ Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidakalah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa solat, atau tidur lena sehingga meninggalkan solat, maka hendaklah dia dolat apabila dia ingat. “
Lagi dalam hadis Rasululullah yang bermaksud
“ orang yang terlepas daripada hukum ada tiga golongan iaitu golongan kanak-kanak sehingga dia cukup umur ( baligh ), orang yang tidur sehinggalah dia bangun daripada tidurnya dan orang yang hilang akal ( gila ) hingga dia sembuh. “

Kesimpulan
Tapi jangan lah ambil kesempatan. Cubalah berubah supaya selepas ini jangan lagi dah tertidur sampai terlepas waktu solat. Sampai bila kita nak jadi macam tu ? Biarkan selamanya sikap tersebut sehingga satu hari nanti mengaibkan diri kita sendiri ? Berusahalah untuk berubah. Lagipun, sikap suka tidur sampai terlepas waktu solat ini menunjukkan betapa lemahnya iman kita. Selesakah kita memegang dan membawa status ‘ iman lemah ‘ ni ? Tak terasa nak jadi muslim yang lebih baik ?
Ketuk pintu hati, tanyalah iman didalamya.

No comments:

Post a Comment