Tuesday, March 16, 2010

Kem Kepimpinan Dan Pengawas...






Alhamdulillah selesai sudah perkhemahan yg telah dijalankan di Kem Sri Raudhah. Perkhemahan tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Hahaha....seronok btol pergi kem sana. Hari pertama kami sampai dengan penuh semangat dan semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang. Kami diberi taklimat oleh En.Azizan dan kami semua memberikan perhatian yg sepenuhnya kepada taklimat itu. Kami telah diberi bilik yg boleh dikatakan tidaklah sempurna tetapi cukuplah katilnya untuk kami semua tidur. Hari pertama kami telah didenda kerana kami tidak menepati masa yg telah diberikan untuk bersiap dan beratur di dataran. En.Azizan telah menetapkan tiga aspek utama untuk berjaya iaitu Disiplin, Komitmen dan Masa. Tapi untuk hari yg pertama kami telah gagal untuk ketiga-tiganya. Sedihnya, ditambah pula dengan hukuman yg sangat memberatkan. Redha je lah.

Para Fasilitator yg telah bersama kami iaitu Abg Hafiz, Abg Ammar, Akak Afiqah dan sebagainya telah menjdai pembimbing kepada kami untuk menjalankan tugas dah tanggungjawab kami di Kem Sri Raudhah selama 3 hari 2 malam ini. Sesungguhnya sungguh berat ujian yang terpakasa kamu lakukan demi menjadi seorang pemimpin atau khalifah di muka bumi ini.
Pada hari kedua pula, kami melakuakan aktivit dan senaman dan Tai-Chi yang telah diketuai oleh Abg Aziz. Selepas itu kami memanjat bukit tinggi menggunakan tali. Betapa tingginya bukit tu!! Fuuhhh....Tp itu x bermakna kami gagal menempuhi rintangan tersebut dengan jayanya. Sampai sahaja di garisan penamat selapas kami turun dari bukit itu, kami telah diperintah untuk berjalan itik sambil membunyikkan suara itik..hahaha..lawak betollah!! Ni semua kerja 'Dajjal' Abg Amar. Tak habis dengan itu, kami perlu menghadapi rintangan kolam busuk, dinding kayu dan kolam busuk dan kotor. Alhamdulillah berjaya juga kami hadapi rintangan tersebut dengan jayanaya...

Pada malam harinya kami telah disediakan dengan aktiviti yang menyeronokkan iaitu 'Night Walking'. Kami semua berasa gementar,takut,suka, gembira dan juga x sabar untuk melakukan aktiviti itu. Kami bergerak bersama-sama dalam satu barisan tetapi kami akhirnya dilepaskan keseorangan untuk mencari jalan kelura daripada hutan itu keseoranagan...Wah!! takutnye..Tp apa nak buat terpaksa jugalah kami mencari jalan keluar daripada hutan itu dengan menggunakan kekuatan akal dan iman....Sbb ada pocong dan kucing hutan ada di hutan tersebut. Pocong dan Kucing Hutan tersebut sebenarnya adalah manusia yg memakai kostum, saje nak test keberanian kami sebagai seorang pemimpin dan seorang pengawas. Alhamdulillah ana dapat menghadapinya dengan tenang..boleh siap bg salam lg kat pocong tuh.En.Azizan puji ana...hi3 bangga rasanya..sikitlah. Tapi ada gak yg berlari, dia pecut habis dalam hutan sehingga terlajak drpd kawasan tempat kami semua berkumpul kerana ditegur pocong dan kucing hutan tuh. Siap dengan Allahum Akbar!! hehe, mcm2 yg terjadi malam tuh. Ana plak dikejar oleh kucing hutan dan Kucing Hutan tu mintak tlh hantarkan bedak kat En.Azizan, Aduuhh...ini punye hantu pun ada ke??

Dipendekkan cerita, pada hari 3, kami semua bersarapan seperti biasa dan kemudian terus melakukan aktivit jungle trekking. Seronoknye dapat melawat kawasan hutan yg sgt indah tu. Dengan simbahan Air Terjun yg mengalir membuatkan kami terpesona dan bersyukur dengan kehebatan ciptaan Allah. Kami juga telah bersama membuat persembahan bebas di kawasan air terjun dengan persembahan 'Taichi Tembikai'. Seronok btol rasanya...perempuan pulak buat tepuk menyampah..kami lelaki apalagi buat 'boo' kat diorang dan berbalas seranganlah kami selama 15 minit. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan pulang berjalan dengan penuh riang. Kami menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita...' tetapi ayat terakhir itu ditukar menjadi perkataan jalan. "Inilah barisan jalan, yg ikhlas berjalan, siap sedia berjalan, menuju medan jalan".ha3...kami semua berasa sgt seronok. Tak terasa kepenatan yg ada. Kami telah berjaya pulang dan membawa sekali barang2 yg diminta oleh En.Azizan sepanjang perjalan pergi dan balik kami dari hutan itu...

Selepas itu, kami semua telah bersiap-siap untuk meninggalkan Kem Sri Raudaah itu, segala kenagan pahit dan manis kami disana x kan dilupakan bersama dengan Abg2 dan Akak fasilitator juga ketua jurulatih kami iaitu Encik Azizan. Kami juga telah bersama-sama menyanyikan beliu sebuah lagu " Senyumlah....senyumlah ahai En.Azizan" maka tersenyumlah beliau dan kami semua bertepuk tangan. Tak sangka En.Azizan ni comel bila tersenyum...haha. Apapun kami semua telah membuat Taichi Tembikai yg terakhir di dataran. Kami juga bergambar bersama-sama sebagai kenangan kami semua DAN kami berjaya melontar Abg Ammar ke dalam Tasik Busuk. Kesian dia....Tp kami lakukan itu hanya untuk berseronok dan Abg Ammar pun tergelak ngan gelagat dia sendiri sampai terpaksa memeluk pokok! Adoii....lawak2..

Akhirnya kami semua berpisah buat kali terakhir dan mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kat abg2 n akak2 tu semua kalu kami ada buat salah dan silap sepanjang kami disana. Kami menaiki bas dan membawa segala kenangan manis kami disana dan akan dipahat didalam hati kami sampai bila2....

Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah....

Akhirnya tamat juga UP1 yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah Agama Menengah Paya Jaras. UP1 telah berlangsung selama 1 minggu telah berjaya membuat Ana dan sahabat-sahabat menerima tekanan yang cukup hebat. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat 4 Redha dan 4 Qanaah yg berjaya melepasi ringtangan ni...

Lepas ni Ana akan mengikuti Kursus/Perkhemaham kepiminan dan Sahsia yg akan dilansungkan di Kem Sri Raudah pd 11,12,13 ini. Apapun ana perlu bersiap menghadapi segala ujian yg akan ada di dalam hutan nanti, lebih-lebih lagi masalah pelajar hilang dan rasukan Jin yg dibuat-buat dan yg sebenar...

Segala barangan telah disiapkan kecuali kasut sbb kasut dah koyaklah...Jd kena beli kasut baru yg tahan lasak..Kalu x nnt koyak kena beli lg, banyak duit nak digunakan,
Tp masalahnya duit-duit yg ada di tabung nampaknya kurang mengizinkan ana membeli kasut yg sedikit mahal demi keselamatan ana disana nanti...Tp apapun bersyukurlah apa yg termampu ana beli...

Sekarang, ana perlu selesaikan masalah meja Ping-Pong yg telah 'Cedera' akibat terjatuh dan menyebabkan 'kaki' meja tu patah...Jd ana pun terpasksa beli besi baru atas arahan Cikgu Badrul, masalahnya kedai mana ada jual besi yg sebijik camtuh???

Di sini sajelah coretan ana sebagai hamba Allah menjalani kehidupan harian yg penuh dengan onak dan liku...Inilah yg dinamakan ujian dunia yg perlu kita hadapi untuk mendapatkan kesenagan di akhirat kelak...Dunia adalah penjara bagi muslim dan mukmin dan syurga bg munafik dan kafir....wallahualam...