Tuesday, December 3, 2013

"Malaikat Gula"

Hmm, tak tau nak mula macam mana tapi.. nak dijadikan cerita adalah satu hari tu seorang kakak ni berborak-borak dengan saya. Masa tu tengah goreng pisang dan akak tu pula salah seorang daripada customer yang selalu beli pisang goreng. Mungkin bagi dia pisang goreng tu sedap kan ? entahlah.

Nak dijadikan cerita ( lagi ), akak tu kata pisang goreng ni sedap sebab rasa manis. Kita sebagai manusia biasa, memang sah akan rasa ter-bangga sekejap lah kan. Dalam malu-malu tu, dibalas juga lah dengan ucapan terima kasih. Lepas tu sambung balik la menggoreng pisang goreng.

Ingatkan akak tu dah nak balik, lepas tu dia kata

" Eh pelik kan ? Macam mana la buah rambutan tu boleh jadi manis ya ? Kalau hijau tak manis, tak masak lagi. Tapi bila dah warna kuning, merah maksudnya dah manis. sedap je kalau makan ."

fikiran saya tertumpu kepada persoalan itu. Hmm, kenapa buah rambutan ataupun buah-buahan yang lain sifatnya lebih kurang sama. Hijau tak masa, bila kuning atau merah barulah masak dan boleh. Kebanyakan berkongsi corak kitaran 'hidup' sebiji buah yang sama.

" Mungkin malam-malam masa kita semua tengah tidur, ada malaikat gula turun dan taburkan gula dekat pokok ni. Takpun, malaikat gula tu suntik gula dalam pokok. Jadi, manis la buah rambutan tu ! " akak tu berkata dengan muka penuh yakin.

Secara saintifik saya rasa, mungkin jawapan tu telah lama ada. Sebab dan akibat. Kenapa begini dan tidak begitu. Tetapi, jawapan daripada segi iman tu mungkin yang lebih saya perlukan pada waktu itu.

" Kuasa Allah kak, apa sahaja tak mustahil. Manusia yang banyak ragam macam kita ni pun boleh Dia cipta. Setakat buah yang manis tak manis, masak tak masak. Senang je kak. "

Jawapan selamba daripada dalam hati.

Akak tu pun tersenyum. Tanda setuju la tu. Hmm, mungkin itu jawapan yang terbaik.

Kuasa Allah yang tiada batas !