Monday, October 25, 2010

SMA dah Habis!! Alhamdulillah.......TAPI....

Alhamdulillah....akhirnya berakhir juga peperiksaan SMA yang berlangsung selama 5 hari. Menggunakan sedikit masa yang ada untuk persiapan membaca buku untuk waktu terahir menyebabkan struktur otak terganggu. Tapi tak mengapalah sebab 5 hari je. Ye ke?? Oh tidak sebenarnya.

2 hari selepas itu terus berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun. Terasa semula bahang kepanasan dan tekanan peperiksaan yang disangkakan sudah pun berakhir. Ditambah lagi dengan kerja kursus Prinsip Perakaunan yang masih belum siap. Cikgu Rozana meminta kami membaiki mana-mana bahagian yang salah supaya kami boleh dapat 100%. Alhamdulillah, terima kasih cikgu!.

Sabtu dan Ahad, hari yang digunakan untuk merehatkan fikiran. Sungguh damai waktu itu apabila tiada buku-buku yang memanggil supaya ia dibaca. Malangnya, pada petang Ahad, tiba-tiba buku-buku itu berkata " Ehem2, Esok Periksa kan Megat? tak terasa ke nak baca aku ni?" Tidaaakkk! Rasa macam nak jerit je kuat2. Tak dapat berehat lagilah nampaknye.

Pejam celik pejam celik, tibalah hari isnin tu iaitu hari ini. Hari Isnin dimulakan dengan Subjek kegemaranku iaitu Add Math tapi amatlah susah untuk dapatkan A atau erti kata lainnya lulus. Entahla, tak suka bila soalan matematik jenis yang panjang berleret ni. Pening la kepala, tak dapat nak tumpukan perhatian. Akhirnya, tewas juga saya dengan angakatan tentera Add Math yang begitu ramai dan datang dalam pelbagai bentuk. Walaubagaimanapun, banyak jugaklah dapat jawab, cuma betol atau tidak, tu tak pasti.

Esok, Subjek Sains. Salah satu subjek kegemaran jugak, pernah jugak dapat A tapi paling banyak dapat B la sebab selalu sangat cuai. Lagi2 masa dekat bahagian eksperimen. Apapon, saya akan berusaha untuk buat yang terbaik...Insya-Allah...doakan ye..

Tu sahaja....Assalamualaikum :D