Saturday, February 8, 2014

Bahasa Arab dan Mandarin !

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sebenarnya serius.. nak merapu lagi hari ni. HAHA.

Sebenaranya selama 20 tahun hidup ni, saya teringin nak belajar bahasa Arab dan Mandarin. Masalah pulak timbul apabila saya tak suka bahasa Arab. Haa.. kan bermasalah tu. Tapi saya suka bahasa Mandarin. Mungkin saya ni lebih suka melihat kepada ke-revelan antara bahasa Mandarin dan Arab di Malaysia.

Ada rasa nak belajar lagi memperkuatkan penguasaan terhadap bahasa Arab, tapi itulah semangatnya tak sampai ke tahap bersungguh-sungguh. Namun ! kalau bahasa Mandarin lain pula semangatnya. Rasa membuak-buak nak menguasai bahasa Mandarin.

Sememangnya tak dinafikan kedua-dua bahasa ini amat penting. Bahasa Mandarin penting.. bahasa Arab pun penting jugak. Yelah, bahasa Arab ni bahasa syurga bukan ? - automatik boleh cakap Arab dalam syurga nanti ! erkk.

Tengoklah macam mana, saya cuba seimbangkan antara keduanya.

Dekat IIUM Gombak ini ada berlambak kursus bahasa yang boleh diambil. Sesiapa yang tergila-gila nak belajar bahasa KOREA pon boleh ambil kelas disini. Jangan bimbang !

Tapi, nama pun belajar. Cabaran Malas + tiada sokongan oleh orang sekeliling kadang-kala membuatkan kita rasa sangat down untuk terus belajar bahasa asing. Ada pula dapat jenis member yang duk pandang sinis dekat kita yang baru nak belajar bahasa asing ni.

Apapun kepada yang sesiapa yang mempunyai citarasa yang sama macam saya, dinasihatkan supaya berhentilah fikir tentang pandangai orang lain terhadap diri kita. Kita buat perkara betul. Orang yang membahan kita tu bukannya pandai sangat bertutur dalam bahasa asing ni. Ceh !

Semoga berjaya !

Friday, February 7, 2014

Kehidupan baru di IIUM !

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang penuh lapang untuk mengarut didepan laptop !

Hmm.. pada 28 Januari yang lalu, saya telah pun mendaftar sebagai mahasiswa International Islamic University of Malaysia ( IIUM ). Menggalas harapan semua pihak yang pastinya akan terkesan dengan segulung kejayaan atau sebaldi kegagalan yang akan dibawa. entahlah !

Pastinya kejayaan yang diharapkan ! Amiin.

Ada satu sesi ni yang dinamakan sebagai bai'ah. Pentingnya bai'ah ini adalah sebagai pengikat perjanjian atau kontrak antara mahsiswa dan pihak IIUM sendiri. Adalah dalam tu tertulis kena berikrar supaya belajar rajin-rajin, tidak buat perkara yang melanggar syariah Islam, menegakkan hukum Islam, dan.. tidak berpolitik dalam kampus. tehee !

Walaubagaimanapun, ada bagusnya juga pelajar tidak dibenarkan berpolitik dalam kampus. Bukan apa, sebenarnya ada Universiti di luar sana, aktiviti politik didalam kampus menjadi tidak terkawal. Sehinggakan pelajar memusuhi pensyarah kerana ideologi politik yang berbeza. ini sungguh gila !

Tetapi, tidaklah sampai tidak boleh langsung. Buat syarat tak boleh, tapi pastinya kelonggaran tu ada. Kalau cakap boleh terus, hmm.. habis tunggang-langgang kampus dengan politik di merata-tempat. Sedangkan sebab bola pun boleh gaduh. aikk ?

Akhirnya nak cakap dekat sini, minta doa daripada semua yang terbaca blog saya ni. HAHA.

Saya tau blog ini sangat buruk lagi teruk. sungguh tragis !

Blog ini lebih kepada pengisian peribadi saya yang diisi ketika mana saya rasa nak mengisi apa yang boleh terisi di bloh ini. ngee.

Doakan saya dan kami semua sebagai MAHASISWA IIUM ! ^_^

p/s : Jangan lupe sertakan dalam doamu saudara kita yang ditindas.