Saturday, November 27, 2010

Sesi Soal Jawab :D

Pada satu pagi, saya LogIn akaun FB saya. Saya dapat mesej. Saya terus klik pada mesej dan tengok. " Oh rupenye dari cik Zahirah" saya berkata dlm keadaan mata sebelah tertutup. Lalu, saya pon membacanya. ia tertulis (tgk blog and update, dah kene tag huahauahauahua.)

Terus buka, baca dan....tak paham, hahaha....
Tapi sekarang dah faham sebab ada orang dah terangkan.
siapa ye?

Ni la soalannye....anda baca la sendiri ye.:D

#Apa benda yang paling penting dalam hidup anda?
Iman

#Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri
handset SE S312..hehe

#Dimana tempat korang nak langsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
Kat Masjid la...tema? takde nye tema2. Bersanding pon jgn harap, so apa lagi tema. ingatlah bersanding tu haram hukumnya!

#Adakah korang sedang bercinta sekarang?
erm...agak berat untuk dijawab tapi sebagai seorang remaja, perasaan ingin dicintai itu pasti ada. eh! tapi x bermakna saya sedang bercinta! sape kata sy sdg bercinta tu ha? karate nanti baru tau!

#Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
For The Rest Of My Life, I'll be with you, I stand by your side honest and true till the end of My time(sambung sendiri)...haha ( mood: serius ni) kekasih yg dimaksudkan ialah my future wife...Insya-Allah :D (pe senyum2?)

#Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?T
erm....Yakjuj Dan Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung.

#Antara mak ayah korang , mana yang korang lebih mesra?
tiada salah satu, jawapan saya dua2! x puas hati ke? haha..

#Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Kalau hidup di akhirat nak jumpe Allah, Rasululullah dan semua nabi dan rasul dan para malaikat dan semua penghuni syurga.
Kalau hidup di dunia plak, erm...rasanye nak jumpe sape ye? jap2, nak buat list:
1- Archenar, director video The Arrival
2- Sheikh Yusuf-Al Qardawi
3- Tuan Guru Nik Aziz
4- Tuan Guru Hadi Awang
5- DS Anwar Ibrahim
6- Tan Sri Dr.Mahathir
7- Seorang kawan yang kecoh ngan Maher Zain dia, boleh kata peminat Maher Zain no.1! iaitu..jeng3! dialah Zahirah Haryati (haha...jangan marah kalau terbaca ye Zahirah :D)
#Adakah korang basuh baju korang sendiri?
tak, saya ada robot yang tolong basuh baju saya iaitu mesin basuh :D

#Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
List..Again:
1-Mekah, Arab Saudi
2-Madinah, Arab Saudi
3-Perth, Australia
4-London, UK
5-California- U.S.A

#Pilih salah satu , peluk atau cium.
ni apa punye soalan daa.....sape buat soalan ni? ish3..

#Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
1- Dia peminatMaher Zain...i mean, Maher Zain super fan's. haha :D
2- Suke ambik gambar dengan kamera hitam ( jenis ape ntah) yang membuatkan saya Jeles!
3- Berpikiran luas dan dinamik. suka politik yang bermaksud dia adalah seorang yang matang. apa lagi ye? hmm..oh ye! senang cerita, dia adalah orang yang hebat!

#Benda yang korang sayang sangat dalam hidup korang ?
1-Islam ( Allah, Rasululullah, Al-Quran dll)
2- Ibu Bapa, Sahabat-Sahabat, Guru-Guru, Adik Beradik, Saudara Sesama Islam!

#5 lagu yang paling korang suka n slalu dengar :
Semua lagu Maher Zain, beberapa lagu BackstreetBoys seperti "I Still" dan lagu Yo Te Voy Amar oleh kumpulan N'Sync :D

#5 blogger yang dipertanggungjawabkan utk jawab tag ini
err.....ntah, sape yang terbaca sila la jawab hehe...