Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum,

Nampaknya, tahun 2011 adalah tahun yang mencabara bagi saya dan teman seperjuangan saya yang lain. Saya kini mencapai umur 17 tahun akan menghadapi Sijil Penilaian Menengah. Bagi saya buat masa ini, itulah cabaran dunia terbesar saya. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik. saya juga berharap akan berusaha lebih untuk tahun 2011 ini Insya-Allah.

Alhamdulillah, saya terpilih lagi menjadi pengawas sekolah SAMPJ. saya mula berkhidmat sebagai pengawas pada tahun 2008 iaitu ketika saya tingkatan 2. Dan rezeki saya berterusan hingga tahun 2011 ini. Cabaran menjadi pengawas semestinya akan menjadi lebih hebat kerana tahun ini kami pengawas senior akan memimpin pengawas-pengawas yang baru dilantik. Kami perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk mematahkan segala cabaran dan dugaan yang akan datang ini. Kami yakin kami boleh lakukan Insya-Allah.

Mengimbas kembali tahun 2010, ada beberapa hajat yang tak dapat dilaksanakan iaitu berjumpa dengan Maher Zain. Walaupun peluang banyak kalo datang, tapi Allah telah menetapkan ana tetap tak dapat jumpa Maher Zain. Tapi tidak mengapalah, Insya-Allah suatu hari nanti mungkin tercapai hajat kecil saya ini. Lagipun, jika Allah kata dapat maka dapatlah. "Kun Fayakun"

Beberapa cabaran tahun 2010 telah berjaya saya susuri seperti peperiksaan SMA. Walaupun keputusan masih belum keluar, tapi saya berharap apa yang saya usahakan selama ini membuahkan hasil yang lumayan. Apapun semuanya bergantung pada kekuasaan Allah, Perancangan-Nya maha Hebat.

2011, Insya-Allah akan ditempuhi dengan jayanya. Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Kerana umat Islam itu mesti lebih baik daripada semalam. Usaha juga perlu ditingkatkan pada tahun ini, tidak boleh bermalas-malas lagi. Cukuplah pengalaman yang lepas mengajar kita dan menjadikan pengalaman lepas sebagai senjata untuk mengadapi cabaran yang akan datang.

Saya rasa itu sahaja untuk setakat ini, seterusnya saya perlu bersedia dengan alam persekolahan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua, semoga anda berjaya mencapai sasaran anda untuk tahun 2011 ini. Dan jadilah insan yang hebat. Bak kata saudara Raja Shamri " Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa". Assalamualaikum... :D