Sunday, July 31, 2011

Rahsia Google.com =)

Assalamulaikum. Hari ni nak berkongsi satu rahsia pasal google ni. Haha, tak sangka google boleh jadi camni. pandai btol diorang buat. Apapon, cuba dan ikut arahan dibawah. Selamat mencuba =)


1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I’m feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I’m feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?:-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I’m feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I’m feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I’m feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I’m feeling lucky. Apa dah jadi???

macam mana ?? :) :) :)

credit : www.gilerkentang.com

Monday, July 25, 2011

Pantun Bulan Ramadhan :D


Assalamualaikum :)
Alhamdulillah..memandang bulan Ramadhan dah nak dekat, jadi jom kita ambik mood berpuasa sikit ye? Ini ada pantun puasa Nukilan No-rulesz Hasz. Ada rezeki nanti, saya buat pantun puasa saya sendiri..hehe :)



Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…

Nukilan:
No-rulesz Has’z

Saturday, July 2, 2011

Agama itu Nasihat.

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana telah memanjangkan umur kita didunia yang sementara bagi kita untuk bersama-sama meningkatkan ilmu dan amal kita. Dunia ini ibarat satu wadah bagi kita untuk membuat persiapan untuk kita semua menuju ke hari akhirat kelak.
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar Nabi Muhammad, pemimpin umat Islam yang terulung. Moga kita semua mendapat syafa'at daripada baginda Insya-Allah.

-Daripada Abu Raqaiyyah Tamim Bin Aus Ad-Dari ra bahawa Nabi saw telah bersabda : Agama itu adalah Nasihat. Kami bertanya : Untuk siapa ? Sabda Nabi saw : Untuk Allah, Kitab-KitabNya, para RasulNya,para pemerintah orang Islam dan orang awam mereka. (HR Muslim)-

Jadi, pada hari ini mari kita bersama-sama menghayati sepotong hadis daripada Rasulullah mengenai konsep asas agama.

Dalam hadis tersebut, yang diriwayatkan oleh Muslim. Rasululullah menekankan kepada 5 fokus utama Agama Islam.

1) Nasihat untuk Allah
bermaksud kita meyakini dengan sepenuh hati dengan tanpa ada sebarang keraguan bahawa Allah itu ada dan kita membenarkan kewujudan Allah dan kita menafikan sebarang bentuk penyekutuan kepada-Nya. Dengan cara kita menyifatkan Allah dengan segala sifat yang mulia. Kita juga mengamalkan amal ibadat dengan ikhlas, menunaikan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2) Nasihat untuk Kitab Allah
bermaksud kita membaca, menghafal, memerdukan suara, menghayati isi kandugan Al-Quran, meyakini bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah yang Agung serta kita beramal dengannya.

3) Nasihat Untuk RasulNya
Iaitu membenarkan risalah yang dibawa oleh baginda SAW dan beriman dengan
kesemua yang datang bersamanya iaitu Al-Quran. Kecintaan kepada Rasul juga
bermakna cinta kepada Allah swt.

4) Nasihat untuk pemimpin umat Islam
Iaitu kesukaan kita terhadap kebaikan mereka, petunjuk dan keadilan
mereka bukannya mengasihi mereka kerana keperibadian mereka.
Juga bermakna membantu mereka menegakkan yang hak dan mentaati
mereka serta memperingat dan menegur kesilapan mereka dengan penuh
hikmah dan kesabaran.

5) Nasihat untuk orang-orang awam
Iaitu membimbing mereka demi kebaikan di dunia dan akhirat. Kaum
muslimin mestilah sentiasa mengambil berat terhadap umat Islam yang lain.
Masyarakat Islam hendaklah melindungi kehormatan orang lain, menutup
aib, menolak kemudharatan, mengajak kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran, mengasihi kanak-kanak dan menghormati orang tua dan
seumpamanya.

Itulah fokus utama Agama untuk sesuatu kelompok masyarakat. Jikalau hadis ini betul2 kita hayati dan kita amalkan, Insya-Allah kita akan dapat melihat keindahan satu bentuk cara hidup yang sempurna.