Di sebuah surau yang boleh tahan besar dan cantik ( di pusat membeli-belah ), berduyun-duyun para jema'ah datang ke surau bagi menunaikan solat maghrib.
Maghrib sudah 5 minit berlalu . Maka, terlihatlah ramai jema'ah yang baru sampai beratur nak ambil air wudhu'. Yelah, air paipnya sedikit sahaja . Nah ! disini bermulanya adegan yang sangat menarik dan mencuri perhatian.. dan menggelikan hati juga. Satu persatu jema'ah mengambil air wudhu'. Boleh kata, seorang menggambil masa lebih daripada 4 minit semata-mata sebab nak ambil wudhu'.
Masha-Allah !
Lemah-lembut, lemah-gemalai beberapa ( ramainya ) sang jema'ah dengan penuh berhati-hati meratakan air ke seluruh anggota wudhu'. Allah.. dengan penuh tawadhu mengambil air wudhu'. satu persatu dengan perlahan-lahan air dikenakan pada anggota wudhu'. Terlihat jema'ah yang lain terpaksa menunggu 'panas' menantikan sang jema'ah yang lain mengambil wudhu'. Apabila berganti dengan jema'ah yang lain, eh ! Dia pon sama, sangat perlahan dan berhati-hati meratakan air wudhu'. Masa semakin suntuk, waktu maghrib semakin nak habis ! Tapi tak mengapalah, Alhamdulillah ramai juga yang selesai mengambil air wudhu' dan masuk ke ruang solat. Saki-baki jema'ah yang lain masih lagi beratur .
Nak dipendekkan cerita, dilantiklah seorang imam untuk mengetuai solat maghrib . Ruang solat penuh dengan jema'ah, dan ramai lagi jema'ah yang lain sedang menanti giliran untuk solat. Serius, sangat ramai. Maka si imam pun memulakan takbirnya. " AllahuAkbar ! " diikuti para jema'ah yang berada di belakang. Selesai membaca surah Al-fatihah, maka si imam pon mulalah membaca surah.
Terkesima. Kaget. Unbelieveble ! semua bagaikan tak percaya apabila si imam itu mengalunkan bacaan surah al-fath dengan penuh merdu dan berlagu. satu-persatu ayat dibacakan. kemudian rukuk, sujud dan sebagainya. Solat yang penuh dramatik berlaku selama 10 minit. Tak cukup dengan itu, seusai solat. Si imam terus memulakan wirid dan doa yang panjang. Lagi sekali semua yang berada di situ kaget, terkesima dan sebagainya. Purata masa, 16 minit macam tu . Setelah itu, si imam tersenyum puas memandang ke belakang dan menyalami para jema'ah yang sudi mengkiutnya. Akhirnya bergantilah sesi solat berjema'ah yang kedua. Nampak di situ riak muka jema'ah yang menuggu di luar mencuka !
Pengajaran
Bijaklah menilai dan membaca situasi. Utamakan mana yang utama. Fikirkan tentang orang lain.
Dalam situasi seperti di atas, Surau di pusat membeli-belah selalunya kapasitinya terhad. Para jema'ah pula selalunya ramai. Maka Solat tadi perlulah dipercepatkan dan wirid dan doa itu kalau boleh ( sepatutnya ) tidak perlu. Selesai sahaja solat, teruslah bangun dan berikan ruang kepada jema'ah yang lain untuk menunaikan solat. Waktu maghrib pula amatlah pendek, maka tak perlu nak baca surah panjang2 memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan.
Saya pasti ramai yang pernah berdepan dengan situasi begini. Bagi saya, situasi di atas adalah sangat 'gedik' .
Wallahualam.