Hmm. Mengenai " cerita orang " ye ? Entahlah, saya selalu dan akan memeberi persepsi negatif terlebih dahulu bila berada dalam situasi mendengar "cerita orang".
Sebabnya.. menurut sumber pengalaman saya, pergaduhan selalu berlaku disebabkan cerita orang. yep. Cerita daripada orang ketiga. Kemdudian, salah faham pun tercetus. Huhh.
Tetapi Alhamdulillah, ada kes salah faham yang berhasil kita mencari titik pertemuannya. Api yang marak mula beransur lesu. Lautan yang bergelora mula beralun sayu ( ecehh ). Tapi, ada juga yang sebaliknya.
Marak semakin marak, Gelora bertambah gelora sepertinya tiada kesudahan. Permainan yang tiada kesudahan. tiada konklusi !
Jujur saya mengatakan saya sudah menyampah apabila terpaksa berhadapan dengan situasi ukhuwah yang terjejas kerana cerita orang atau lebih senang kita faham sebagai 'cakap-cakap orang'. Habis tunggang-langgang blok-blok kemas aturan yang diusahakan selama bertahun-tahun. Ukhuwah memakan masa untuk dibina, namun boleh runtuh sekelip mata.
Masalahnya, kenapa masih ramai tak mengambil pengajaran ? Mereka tahu, mereka tahu, mereka tahu. Mereka sedang mendengar fitnah tentang sahabat mereka. Tapi kepala terus mengangguk tanda setuju, membenarkan apa yang didengari. Tanpa inisiatif untuk bertanyakan sendiri kepada sahabat yang sedang dibebelkan di bibir semua orang. Terus benci lahir dalam hati.
" Ohh. Yeke? Teruklah dia tu. Sanggup dia buat macam tu? Konon macam bagus tapi rupanya.. "
Selalu sangat begitu bukan? Semudah itu kita percaya pada si fulan yang gah membebel berkaitan sahabat kita. Huh ! Tanpa usul periksa.. usul diterima ! Dia memang teruk ! Dia tak guna !
Lupa ye pada pesan Rasululullah ? Baginda berpesan -
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Oh ye, Allah juga mengingatkan kita -
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Ingat, Kalau kita dengar cerita daripada orang mengenai orang lain, lebih baik kita tanya orang yang diceritakan oleh orang yang bercerita tentang orang tu sendiri ? pening? eh?.
Saya rasa dah banyak kali saya berdepan dengan situasi macam ni. Hmm. Penat nak melayan tapi kalau dibiar terus melarat !
Konklusi : Terus berjumpa dengan orang yang menjadi buah mulut si pembawa cerita. Dapatkan kepastian dan cerita sebenar. Nah ! sekarang silakan menilai.
Wallahua'alam :)