Alhamdulillah akhirnya selesai jugak PPT yang telah pun berlangsung selama 3 minggu yang lepas. Tak sangka, segalanya berubah. Format soalan semuanya telah bertukar dan ana tak biasa dengan keadaan dan soalan yang camtu begitulah juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Tiga minggu, memerah otak..!! haha...Dasyat..
Tapi rasa macam lain pula apabila exam dah habis. Rasanya macam ada sesuatu yang tak lengkap. Selalunya bila waktu petang akan terus membaca buku untuk persediaan terakhir bagi subjek esok, tp kali ni sunyi sepi dan boleh duduk sambil menikmati secawan air kopi Radix! Mai Secawan..:)
Walaupun dah selesai cabaran ini. Telah datang cabaran baru yang perlu dihadapi iaitu ana sebagai ketua operasi dan persiapan untuk Hari Guru nanti perlu memastikan setiap AJK yang terlibat akan melaksanakan dan menyiapkan setiap bahagian tugas yang telah dilaksanakan.
Hari Guru SAMPJ akan disambut pada 22 June 2010. Sekolah ana lambat sambut sebab Hari Peperiksaan yang menjelang tiba. Tp sekarang dah tak ada masalah sebab ia dah selesai, jd kami boleh tumpukan sepenuh perhatian pada persiapan Hari Guru nanti. Walaupun pada dasarnya, ana tak pernah ada pengalaman dalam mengendalikan hal-hal sebegini. Tapi, kalau tak cuba, kita tak akan tahu kita mampu buat atau tidak.
Pengetua Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Pn.Zamilah Amin bt Modh Latfie telah bersetuju untuk membantu ana melakukan satu tugasan yang mampu mengubah imej sekolah. Insya-Allah, Sekolah Agama Menengah Paya Jaras mungkin akan menjadi sekolah yang menjaga kebajikan pelajar dan kebajikan makhluk-makhluk allah yang sering berkeliaran di sekolah ana.
Ini adalah usaha pertama ana dan pengetua, sebagai wakil kepada setiap pelajar dan guru untuk membantu yang memerlukan. Walaupun mungkin ianya tidak membawa sebegitu banyak hasil, sekurang-kurangnya ia dapat mendidik jiwa insan supaya menjadi lembut..
Kerana hati manusia selalunya keras..
Jadi itulah beberapa perkara yang ana akan lakukan sebelum ana meninggalkan SAMPJ dan akan ke Sekolah lain....jika apa yang dirancang, berjalan dengan lancar...itu sahaja, Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment