Thursday, April 28, 2011

Coretan Gembira :)


Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tak dapat digambarkan perasaan kami, Wafdan setelah diumumkan sebagai Johan Nasyid KAMIL ( Kemahiran Amal Islami ) peringkat negeri Selangor yang telah diadakan di SAM Bestari, Subang Jaya...

Pada hari Jumaat, 22 April 2011 cuaca yang cerah menaikkan semangat kami untuk mencuba nasib dalam acara Nasyid di SAMBestari. Kami, Wafdan bergerak sebagai satu-satunya wakil SAM Paya Jaras, menyertai beberapa kumpulan yang lain terbentuk ZON 4. Sampai di SAMBestari, kami terus mendaftarkan diri. Maka tersematlah di dada kami ' Peserta KAMIL Negeri 2011'. Kemudian kami terus melangkah ke dorm yang telah ditetapkan untuk kami. Pelajar-pelajar SAMBestari menyambut kedatangan kami, sangat peramah.

Pada pukul 3.15 minit petang, hujan mula turun dengan lebatnya. Bumi SAMBestari dibasahi dengan air hujan. Dalam pada masa yang sama, acara-acara yang lain seperti Musyawwarah dan Syarahan sedang dijalankan. Kami mengambil keputusan untuk membuat latihan ketika hujan turun. Suhu yang sejuk, suasana yang gelap menjadikan suasana begitu sesuai untuk membuat latihan secara senyap. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Hujan mula reda, jam di tangan menunjukkan waktu yang mula beranjak satu jam. Kami semau mengambil keputusan untuk berehat dan tidur. Rehatkan suara dan simpan tenaga. tapi, dorm kami yang paling bising hehe..( tidur tapi tak tidur sebenarnya )

Petang, satu jam sebelum maghrib kami semua mengisi perut. Makanan sedap! Syukur..
Ditakdirkan, kami berjumpa dengan rakan seperjuangan yang turut serta menyertai KAMIL Negeri ini. Bangga melihat mereka punya bakat yang sangat besar. :) Alhamdulillah, terubat juga rindu di hati, dapat jumpa semula dengan rakan seperjuangan yang telah mengambil haluan hidup masing-masing.

Selepas Solat Maghrib secara berjemaah, kami dengan penuh bersemangat menyalin pakaian baru. Berwarna ungu gelap, bersampin songket, pakaian rasmi nasyid SAMPaya Jaras yang baru! Songkok dililit kemas dengan reben berwarna ungu sesuai dengan baju kami. Kami, melangkah dengan yakin, semangat berpaksikan misi da'wah kami dan dengan sokongan padu warga SAM Paya Jaras...kami gagahkan diri!

Saat yang ditunggu-tunggu telah sampai.
"Dipersilakan kumpulan nasyid yang mendapat undian yang pertama. Zon 4!"
Semangat mula membara, semakin marak. tepukan para hadirin membuatkan kami tersenyum, ingin mempersembahkan kepada mereka persembahan kami yang terbaik. Senyuman manis ditaburkan, kepaduan suara mula didengarkan, gaya mula ditunjukkan. Semuanya berjalan lancar, hebat. Subhanallah!

Alhamdulillah...malam itu kami berasa puas. Kami telah memberikan yang terbaik. Balik dorm, terus gelak menonton semula gelagat kami semasa berada di atas pentas. terima kasih Muhammad Lokman, SAMTKKB yang telah menjadi juru gambar kami. :) Kami semua melelapkan mata pada pukol 3.30 pagi..

Pada waktu pagi, hati kami mula berdebar...
" Perhatian kepada semua peserta KAMIL, sila berkumpul di Dewan pada pukol 10.30" pengumuman kedengaran. Kami melihat jam, 9.50. Kami berpandangan sesama sendiri, lalu terukir senyuman pada wajah kami. "Takbir!!" dilaung. "Allahu Akbar!!" disahut. Pakaian rasmi nasyid mula disalin semula. Hati kami kini, meredhakan segala keputusan yang bakal dimumkan. Kami yakin, yang lain juga pasti seperti kami...resah menanti keputusan.

Saat yang dinantikan telah tiba...
" Johan Acara Nasyid KAMIL peringkat Negeri 2011 disandang oleh zon.." pengerusi pandai membawa unsur saspen!
" Zon 1!! Zon 4!!" sorakan para hadirin kedengaran.
"Johan acara Nasyid KAMIL Negeri 2011 disandang oleh Zon 4!!"
ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH. Kami, Wafdan telah mencipta sejarah menjadi johan nasyid peringkat negeri 2011 seterusnya menaikkan martabat SAM Paya Jaras. Kami melompat kegembiraan dan ketawa kecil seakan-akan tidak percaya dengan keputusan yang telah dimumkan. Kami naik ke atas pentas, dengan hormat menerima habuan kami. Alhamdulillah...

Selepas itu, kami bersiap untuk pulang. Kami bergambar bersama Ustaz Hidir daripada SAM Rawang, sifu kami sepanjang KAMIL. Terima kasih Ustaz :) Mereka yang lain, mengucapkan tahniah kepada kami. Hanya senyuman yang dapat kami lemparkan...gembira sehingga tak terkata...

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah mendoakan kejayaan kami...:)

itulah coretan gembira...yang ingin kami kongsikan..:D

No comments:

Post a Comment