Saturday, November 19, 2011

Solat Sunat Dhuha dan Keistimewaannya

Bismillahirrahmanirrahiim..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

-Surah Dhuha, ayat 1-5

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tirmidzi :
" Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan. "

Sesungguhnya Solat Dhuha ini banyak kelebihan dan ganjarannya. Allah akan berikan ganjaran kepada mereka yang menjadikan ibadat sunat ini sebagai ibadat harian. Antaranya ialah Allah akan memudahkan jalan pintu rezeki bagi diri seseorang.

Solat sunat Dhuha juga amatlah bagus jika diamalkan oleh para pelajar yang terutamanya sedang mengahadapi peperiksaan. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, eloklah andainya kita pergi sekejap ke surau dan menunaikan Solat Sunat Dhuha.
Mintalah kepada Allah agar Allah permudahkan urusan kita semasa menjawab kertas soalan. Mintalah agar apa yang kita baca, itulah yang akan keluar. Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman sahabat2 yang mengamalkan Solat Sunat Dhuha ini mengatakan bahawa apa yang mereka baca, itulah yang akan keluar di kertas Soalan.

Insya-Allah, YAKIN lah pada kekuasaan Allah S.W.T . Jika kita betul2 mengharapkan bantuan daripada Allah, kita betul2 rasa kita tak mampu nak berjaya dengan usaha sendiri tanpa bantuan Allah..Insya-Allah, Dia akan mudah membantu kita hamba-Nya.

Cara Melakukannya?

- Solat sunat Dhuha boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat 1 salam, minimum. Tapi, boleh dilakukan dengan sebanyak 12 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat 1 salam.

- Waktunya bermula apabila matahari mula meninggi sedikit, dalam pukul 7.50 hingga sebelum matahari tegak di atas kepala.

Niatkan : " Sahaja Aku Solat Sunat Dhuha 2/4 rakaat kerana Allah "

kemudian lakukan solat seperti biasa iaitu ada ruku', i'tidal dan sebagainya dan ditutup dengan salam.

Pada sujud yang terakhir, mintalah segala hajat kita. Insya-Allah, dengan hati yang YAKIN..Allah pasti akan memakbulkannya :)

Setelah selesai solat sunat Dhuha, maka bolehlah berdoa dengan doa seperti biasa. Ada juga beberapa doa khusus yang boleh dibaca.

Tambahkan sedikit perisa untuk melazatkan Solat Sunat Dhuha dengan sedikit Dzikir dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pasti, Hati kita akan menjadi tenang dan terasa diri kita telah diberikan kekuatan oleh Allah. :D

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

No comments:

Post a Comment