Saturday, December 17, 2011

Hampir terlupa...SPM dah HABIS!! :D :D

Bismillahirrahmnirrahiim..

Haha...
apalah, hampir terlupa yang SPM dah seminggu berlalu. Tapi, lupa plak nak celebrate kat Blog nih! Tengok blog orang lain dah seminggu yg lalu sambut secara besar-besaran kat blog masing2. Ceh! hari ni baru terasa RAJIN nak tulis blog. ye la, mana tak malasnya, bukan ada orang baca pon apa yg tertulis dalam blog nih! But, who cares? hahaha...selain 'MukaBuku' dan laman 'BurungBiru' tuh, kat sini best jugak apa nak mengarut, melalut, merepek dan berkarya? ( ok, memang tak kelakar )

Bila dah habis SPM, rasa lega. Yela, tak perlu nak menjawab soalan2. yeke? heh! ada jugak soalan yang datang jugak. Antaranya :

1- Apa perancangan ko lepas SPM?

2- Hey, SPM dah habis. taknak kahwin ke? ( apa? seriously?? )

3- Tak terasa nak sambung 'fitness program' ko tu balik ke? ( dah berisi balik ke? )

4- Rasa rindu tak dekat SPM?? ( What the fish?? jangan sebut lagi SPM!! )

haha..itulah antaranya soalan2nya.

Tapi perancangan tu nak jawab la..hehe. YES! rasanya nak berniaga la. Daripada bekerja bawah orang, lebih baik kot timba pengalaman bekerja dgn berniaga. Sekurang-kurangnya boleh belajar kira Stok, UntungRugi, jadi Salesman, peniaga dan pelbagai lagi pekerjaan dalam satu2 masa. banyak jugak pengalaman tuh..muehehe..

Alhamdulillah..memang best pon berniaga. ( tak best kalau tak untung, muahaha )
Tapi, seronok la jugak dapat pengalaman baru, bak kata orang " Jauh perjalanan, Luas Poket " ( err, tu sebab duit habis, HOLIDAY lah..)

KAN dah tengah mengarut nih. Blog memang camni, bila dah mula men-taip rasa macam susah nak berhenti plak sebab ada banyak bende nak tulis..ngeh3..

INGATlah, Kita sebagai HAMBA ALLAH, perlu sentiasa bersyukur diatas apa sahaja nikmat yang diberikan walau sekecil manapun. Sebab, nikmat yg kecil itulah yang membuatkan kita terus hidup selesa :)

ok, Assalamualaikum :D

2 comments:

  1. AIN baca blog megat (:
    nak tanya megatr lah.
    apa plan lepas SPM?
    haha

    ReplyDelete
  2. haha...ye itu dia. bukti kesohihan penulisan saya. plan lepas SPM? rasanya nak berniaga la..hehe

    ReplyDelete