Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya ! :D

Bismillahirrahmanirrahiim..

Taqabballahu minna wa minkum- Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramdhan ) kami dan kamu.

Nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua :)


Gunakanlah kesemapatan waktu yang ada sempena Hari Raya yang mulia ini untuk kita kunjung mengunjung antara sesama kita :) Berkongsi cerita, bermaaf-maafan, memberi duit raya ( haha ) dan sebagainya lah..

Semoga raya tahun ini dimanfaatkan dan dihargai sepenuhnya oleh kita semua. Sepanjang kita bergembira di sini, kita jangan lupa dengan saudara kita di luar sana yang kini mungkin sedang kelaparan. Doakan mereka supaya hati mereka tetap tabah dan tergolong dalam ahli syurga kerana redha dan sabar kepada Allah :)

Andai diri ini ada buat salah, saya memohon ampun maaf. Harap diampunkan segala khilaf dan salah :)




Friday, August 17, 2012

Last Day of Ramadhan of Year 2012 :) - An Open Letter to All Muslims

Bismillahirrahmanirrahiim.

Today is the last day of Ramadhan in Malaysia. I would like to congratulate muslims all around the world for successfully make it through the whole month of Ramadhan. This Ramadhan has many challenges and story to be told, with our Syrian brothers still fighting for their right and freedom, for them..it will be no end for them until their right is returned to them.

And our brothers in Myanmar, the Rohingya..they struggle themselves all alone without the strength to fight back. Thanks to the Turks, they became the first one to lend a serious aid. Alhamdulillah :) But still, they need our help there.

Our brothers in any other places that are now struggling, just to have a slice of bread..or a cup of water so that you can continue your life journey. We..are so sorry because we are so selfish, as we are not doing anything serious to help you. But, we will always pray to Allah, that one day.. you will get all the rewards from Him, Allah the Almighty.

And to our brothers in Palestine..we will never forget you. We fell asleep soundly, yet you are standing there, fighting the Zionist who tried to seize your country and our religion. We will all pray for you. May this Ramadhan, gives you a new kind of spirit to continue on fighting them! Insya-Allah

Our Friends in Christians, Buddhist, Hindus and others, thank you. Thank you for giving us support while many others still rejecting us, muslims in this world. Thank you for the great effort, telling people all around the world, that muslims are not terrorist! Yes, we don't know you, but i can assure you, my friends.. we will always pray that all your doings for us will be rewarded. Thank you, friends :)

To the muslims in Malaysia, i wish you all the best! Selamat Hari Raya :) May this Ramadhan bring us close together as the people of this great nation, Malaysia. Don't forget to smile and appreciate what we have today :)Despite our differences in politics , we will always be a muslim, we are brothers, and that will not change!

come, let's pray for their safety and for their success. Amiin

May this Ramadhan, bring us benefits and may Allah rewarded us all, with his barakah and Jannah, Insya-Allah :)

Assalamualaikum.












Thursday, August 16, 2012

Solat Berjemaah - Mengeratkan Ukhuwah

Bismilllahirrahmirrahiim..

Solat Berjemaah adalah sangat dianjurkan oleh Islam. Malah baginda Rasululullah juga selalu mengingatkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan solat berjemaah. Kata baginda dalam hadisnya yang bermaksud :

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas menerangkan betapa besarnya pahala bagi orang yang mengerjakan solat secara berjemaa'ah. Sehinggakan, mereka ini tergolong dalam golongan orang duduk dalam level 27 dalam golongan orang yang bersolat. Siapa yang tak suka kan? Kalau kita main game DOTA ke, WARCRAFT ke, kita mesti happy dan teruja kalau character yang kita guna tu cecah level 27. Jadi, tak seroonook! ke kalau kita sendiri yang dapat level 27 tu? Tepuk dada, tanya iman :)

Baiklah, kembali kepada topik asal. Bagaiman agaknya Solat Berjemaah itu dapat mengeratkan ukhuwah antara kita semua?

Selama saya hidup selama 18 tahun ini, Alhamdulillah Allah telah menemukan saya dengan pelbagai jenis individu, kumpulan masyarakat. Ada daripadanya kawan2, musuh2, dan sebagainya.

Tapi, satu perkara yang saya lihat daripada segi ukhuwah antara keluarga.

Apa yang kita nampak realiti dunia sekarang ini, banyak masalah dalaman berlaku diantara ahli keluarga. Selalu bergaduh, tak bersefahaman, buruk sangka, kurang komunikasi diantara ahli keluara, tiada rasa hormat antara ahli keluarga dan macam2 lagi.

Kita tak kata, perkara macam ni senang untuk diselesaikan, mudah untuk dibincangkan. Tapi, bagi saya isu sebegini boleh diselesaikan dengan solusi yang telah digariskan oleh Rasulullah. Dan berdasarkan pengalaman saya berjumpa, duduk dalam pelbagai badan atau organisasi atau kumpulan, saya melihat antara cara tercepat dan paling berkata untuk mendapat barakah ukhuwah atau kita boleh kata, kalau kita nak rasa kemanisan ukhuwah tu, antara cara yang kita boleh praktikkan ialah dengan mengamalkan Solat secara berjema'ah.

Saya adalah pelajar Asasi Universiti, baru je masuk sana. Jadi bila baru masuk, kita kena cepat2 cari kawan2 dekat sana, kena rapat dengan kawan sebilik. Jadi, alhamdulillah tak sampai 2 bulan saya dan kawan2 sebilik kenal antara satu sama lain. Tapi, ukhuwah tu dapat dirasa oleh kami semua. Rasa macam dah kenal lama, sampai boleh kongsi rahsia, gelak2 sampai tak ingat dunia, HAHA :)

Dalam konteks keluarga, cara ini juga boleh digunakan. Kita tanya diri kita sendiri, agaknya baru berapa kali kita solat berjema'ah? atau lebih suka untuk solat sendiri walaupun kita tau, masa tu mak ayah, adik-beradik dalam rumah tak solat lagi?



Kadang-kala kita dengar cerita2 dari kawan2, katanya keluarga ada masalah..rasa menyampah nak balek rumah sebab bila balek mesti gaduh. Kalau gaduh sikit2, tu normal. Ini tidak! gaduh macam nak angkat senjata. Ada yang balek rumah, tapi satu keluarga tak bertegur sapa, semua buat kerja masing2. Ada antara kawan saya yang tak tahan bila berdepan dengan situasi macam ni, lebih2 lagi bila situasi ini dicipta oleh ibu bapa tu sendiri.

Seperti biasa " Tak pernah solat berjema'ah, solat sama2 ". Itulah jawapan yang saya dapat bila bertanya.

Hmmphh, bagi saya kita kena kembali kepada cara yang Rasululullah ajar. Kalau nak baiki hubungan ukhuwah antara keluarga, perkara pertama yang kita kena buat ialah Solat Berjema'ah! Ramai saya lihat yang terlepas pandang perkara macam ni. Kita rasa perkara macam ni, perkara remeh! SILAP kita disitu. REMEH inilah yang PENTING.

Insya-Allah, cubalah mulai dari hari ni ajak adik ke abang ke, mak ayah ke solat bersama-sama. Dari solat berjema'ah, kita akan belajar nilai hormat, nilai taat, nilai kasih sayang dan sebagainya.

Inilah realiti. Kita dah ada cara, tapi kita berkeras untuk tidak ikut. Andai kata tak bersedia nak mula dengan ahli keluarga, cubalah mula dengan kawan2. Insya-Allah, solat berjema'ah ni besar fadhilatnya.

Saya tak pandai nak rungkai satu persatu isi2 solat berjema'ah, apatah lagi nak bagi semua faham dengan apa yang saya cuba sampaikan ini, tapi cubalah. Bila semua cara dah dicuba, tapi masih tak menjadi. Satu keluarga masih bergaduh dan tak sehaluan. Moh cube cara ini pulak ye? iaitu Solat Berjema'ah :D





Sunday, August 12, 2012

Ceramah?! Adehh,malasnyeee...

Bismillahirrahmanirrahiim

Selalunya kalau kita lihat dan dengar, orang sekeliling selalu mengandaikan kalau nak berdakwah, nak bagi tazkirah je mesti kena buat dekat masjid. Mesti kena ada program khas untuk tujuan tu, " Ceramah Perdana bersama Ustaz ... " contohnye. Haa, tu baru kerja dakwah/ceramah namanya. Kalau takde, memang takde langsung la gerak kerja dakwah dalam hidup. guane tu?

Itu boleh kita kata Alhamdulillah lagi, sebab masih ada rasa nak dengar ceramah/tazkirah. Masih ada rasa dekat hati tu " Eh, aku ni dah lama tak dengar ceramah2 ni, dengar lagu memanjang gelap hati woo ". Jadi, dia terus buka Youtube, search - Ustaz Azhar Idrus - . Alhamdulillah :) Kalau pakcik dan makcik dekat kampung tu, pergi masjid atau surau. Lepas maghrib, setiap hari ada ceramah. Ustaz yang dijemput pon kongsi ilmu yang dia ada. Cerita tentang mati, pengorbanan Rasulullah, Kekuasaan Allah, Akhlak yang baik dan macam2 lagi. Sekali lagi, Alhamdulillah :)

Tapi masalahnya, ada yang tak boleh langsung dengar perkataan 'ceramah' ni. Fuuh..fobia betol dengan perkataan tu. Lemah terus badan. Faktanya, berlaku jugak fenomena ( fenomena?? ) ni dekat diri sendiri. Ada jugak masanya, rasa malas betol nak dengar ceramah2 ni. Haih, lemahnya iman.

Jadi, kalau rasa memang lemah sangat bile dengar perkataan ceramah ni, terus 'keras badan' ( macam kucing dalam gambar tu ), tapi kita sedar yang diri kita ni perlukan makanan jiwa untuk roh kita

Antara cara yang boleh kita buat :
1. kalau suka buka youtube, dengar la lagu2 nasyid Raihan ke, Rabbani ke etc.
2. Kalau suka layan facebook. asyik2 facebook memanjang, bolehla cari page
yang islamic. Insya-Allah nanti dekat newsfeed tu penuh dengan tazkirah.
3. Kalau tak boleh jugak, buka la laman web yang memperincikan Islam dalam kehidupan seharian kita. contohnye macam laman web Iluvislam.com , Zaharuddin.net etc.

Tu je la antara cara2 yang saya boleh kongsikan, sebab saya sendiri pon guna cara ni kalau rasa macam malas nak dengar ceramah yang dianjurkan dekat luar2 tu. Saya bukan malaikat, iman selalu naik turun, entah2 kalau kira tu, lagi berlambak dosa daripada pahala. Lepastu boleh ada hati nak masuk syurga. Haih..muhasabah diri....

Sedikit perkongsian untuk hari ni, :)


Saturday, August 11, 2012

Masih Belum Terlambat !

Bismillahirrahmanirrahiim.

Rasanya masih berlum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia..dan dunia blog saya ni, eceh! :p Alhamdulillah, sekarang ni umur dah masuk 18 tahun. 18 tahun!! HAIH..lama jugak dah rupanya kita ( bagi sesiapa yang umur 18 la ) diberi kesempatan kepada Allah untuk berjumpa lagi dengan bulan yang penuh barakah ni. SYUKUR. Zahirkan lah rasa bersyukur dengan memperbanyakkan lagi ibadah kita kepada Allah, Insya-Allah. Allah bagitau kita dalam Al-Quran, kalau kita ni bersyukur dengan nikmat yang ada, Dia akan tambah :)

Masih belum terlambat juga untuk saya mengucapkan selamat datang ke fasa terakhr ramdahan iaitu fasa malam ke-sepuluh terakhir ramadhan. SERONOK! apa yang best sangat nih?? Haa..seronok sebab antara 10 malam terakhir ramadhan, ada satu malam ni yang dimana ianya lebih baik daripada 1000 bulan. Allah telah khabarkan berita gembira ini dalam surah Al-Qadr. jadi, sesiapa yang rasa nak tergolong dalam golongan orang yang diberi syafaat malam Lailatul Qadar, dia kenala beribadat lebih sedikit di malam hari sepanjang 10 malam terakhir ramadhan ni :)

Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah : ( www.al-azim.com )

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menggunakan peluang satu bulan yang sangat barakah ni, untuk menggandakan pahala amalan kita dan mencari keredhaan Allah :)