Thursday, October 4, 2012

Sekian Lama Menghilang..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Alhamdulillah, punye lama dah tak update blog ni. hmm! terasa sangat sibuk dengan macam-2 program dkt CFS IIUM tu. Boleh kata setiap malam mesti ada meeting dan tiap kali tu juga la ada meeting. Penat dan letih! tapi itulah namanya perjuangan. Sebutkan sahaja mana perjuangan yang takde penat dan letih? semuanya ada, cuma dengan cara dan liku-2 yang tersendiri. Yang pasti, bagaimana kita sebagai manusia, ataupun lebih tepatnya sebagai mujahid nak bersabar dan teguh dengan perjuangan yang kita ambil. insya-Allah..

Oh ye! baru-2 ni alhamdulillah telah selesai satu program yang dianjurkan oleh Human Sciences Student Society. Saya sebagai sebahagian daripada ahli committee untuk program tersebut bertindak sebagai ketua bahagian biro Information dan Publication. Disokong dan dibantu oleh beberapa sahabat-2 perjuangan Abdul Hafiz, Syaiful Wafa, Natasha dan Qistina. Alhamdulillah, berkat doa dan bantuan daripada Allah, hati-2 ini telah berpaut untuk bekerjasama tanpa ada sebarang masalah di antara kami, insya-Allah. Alhamdulillah..

Program yang diberi nama AGD ( Annual Grand Dinner ) adalah program yang mempertaruhkan seluruh nasib society kami di sana. Diberi masa hanya 3 minggu untuk membuat segala persiapan. Pelbagai cabaran ditempuh sepanjang 3 minggu persiapan program. Adakala, pernah terasa untuk berhenti, putus asa, kecewa. Tapi, apabila kita diingatkan kembali bahawa kerja yang dilakukan adalah kerana Allah sebagai matlamat utama maka kami bersatu semula, memantapkan kembali barisan dan meneruskan tugas kami. hehe, rasa seronok sebenarnya :)

President society kami, Muhammad Hilal bin Azman sering memberi kata-2 peniup semangat, teguran dan nasihat yang sangat berguna kepada semua biro-2 yang ada seperti biro SOCOM, WEDAD dan sebagainya. kami menganggap beliau sebagai 'Ayah' :)

Tibalah harinya, iaitu pada 30/9/2012 :)




hehe, ini antara gambar2 yang sempat di-upload kan, tengokla macam mana nanti, saya tambah lg gambar! :D

No comments:

Post a Comment