Pergh!!! sekelip mata je, dah sekolah balik. Gembira jumpa balik sahabat-sahabat lama, dan x lupa juga pelajar Form 1 yang baru diserap masuk ke dalam sekolah memang menunjukkan perangai dan tingkah laku yang sopan buat masa ini. Harap2nya berterusan sampai bila2. Sepanjang sekolah setakat, ok je cuma buku tulis n all kind of that x dapat. Kadang2 stock habes, so terpaksa tunggu dan tunggu dan tunguu. Bukan ape, yelah koperasi sekolah pun dah mula nak maju. Mana x nya, letak je barang, ZUP!! semua habis dibeli. Memang borong betol pelajar-pelajar SAMPJ ni.
Sekarang ni ahli-ahli Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi dah mula membawa diri masing2 demi memburu cita2 dan impian. Ada yg sekolah kat johor n akan ada lagi yg akan pindah.
Sekarang ni semua dah lain, form 4 sebelom ni ada 1 kelas tp tahun ni ada 2 kelas. Iaitu kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Kebanyakan daripada ahli-ahli memilih kepada prinsip akaun dan selebilangan kecilnya memilih ekonomi asas. Walaubagaimanapun semangat Persatuan itu tidak akan terpadam buat selama-lamanya Insya-Allah. Didoa dan diharapkan begitu. Sekarang ni Alhamdulillah ramai yg ader Myspace n Facebook. Jd lebih senang untuk di hubungi kalau ada majlis reunion.
Sekarang ni apa yang penting ialah bagaimana saya dan sahabat-sahabat yg lain menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Cabaran tahun 2010 pun akan menjadi semakin hebat dan semakin berat ujiannya. Buku Nasyid 3.0 juga telah mula dijalankan. Jadi setakat ni segalanya telah berjalan dengan lancar. Jadi sampai sini sahaja......Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment