Aku bergegas ke luar rumah apabila aku terdengar sahabatku, Aiman memanggilku dari luar. Jelas aku melihat wajah gembiranya, seperti ingin memaklumkan sesuatu padaku.
"Assalamualaikum. Fazli, Aku ada cerita best nak bagitau kau ni".
"Waalaikumussalam. cerita best? takpe, jom masuk dalam. Kita cerita kat dalam?".
Aku menjemput Aiman ke dalam rumah. Kebetulan ahli keluargaku yang lain sedang ada sedikit urusan di luar, dengan kedatangan Aiman sedikit sebanyak mengurangkan rasa bosanku di rumah. Aku menjemputnya duduk dan terus ke dapur untuk menghidangkan air sirap untuknya.
" Ha! Aiman, apa cerita best yang kau nak bagitau aku tadi?" soalku.
" Oh! sebenarnya macam ni, tadi cikgu ada bagitau aku yang Sekolah kita tak lama lagi akan adakan pertandingan bola sepak".
" Habis tu??"
" Aik? kau kan suka main bola. tak rasa teringin nak join ke Fazli?"
" Entahlah Aiman, aku memang suka main bola tapi kalau pertandingan..."
" kenapa dengan pertandingan. Best tau masuk pertandingan, dapat hadiah, sijil."
" Memanglah dapat semua tu tapi, entahlah aku rasa macam tak ada mood la."
" Macam tu pulak. Kau ni peluang ada depan mata tapi tak nak rebut."
" Biasalah kau macam tak kenal aku, Aiman."
" Yelah, oklah aku nak balik dah ni. terima kasih buatkan aku air, hilang dahaga aku."
" Sama-sama. Naik motor tu elok-elok, jangan bawak laju-laju."
" Iye, ok Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam."
Aiman, salah seorang sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama denganku sejak daripada tadika lagi. Dia bersamaku semasa aku susah dan senang. Dia memang seorang yang sangat peramah dan boleh dikatakan banyak ilmu agama. Aku banyak belajar daripada dia.
Aku terus menuju ke buaian gantung yang dibina sendiri oleh aku. Aku merebahkan badanku dan terasa sungguh lega. Hilang rasa penatku. Aku terbayangkan peristiwa ketika aku bersama budak-budak jahat merosakkan pondok telefon awam. Habis semua diconteng dan dirosakkan. Aku dahulu adalah seorang yang sangat degil. Aku sering meninggalkan solat fardhu lima waktu, aku sering melawan ibubapaku. Aku seorang yang panas baran, pantang ada yang kacau aku nescaya akan hinggap penumbuk ke muka. Tetapi segalanya berubah apabila secara tidak sengaja aku bertemu dengannya. Subhanallah! Maha Suci Allah! Allah telah memberi hidayah-Nya kepada ku. Kehadirannya mengubah sikapku.....Terima Kasih Ya Rabbi...Dia ialah....( bersambung )
No comments:
Post a Comment