Lamunan Petangku terbantut apabila Ibu dan Ayah telah pun selamat pulang ke rumah. Mereka pergi ke kedai sebentar untuk membeli sedikit barang dapur untuk kami sekeluarga. Aku bingkas bangun dan terus membantu mereka membawa masuk barang dapur ke dalam rumah. Tak sangka banyak juga Ibu dan Ayah beli, tersedar aku betapa mereka bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan menjaga kami adik-beradik.
" Ummi. Barang dapur ni saya letak kat atas meja ye?" tanyaku.
" ye. letak situ." jawab mak ringkas.
Ibu terus duduk di atas kerusi empuk yang baru dibeli 2 minggu yang lepas. Kelihatan wajah ibu yang sungguh keletihan. Kemudian masuk pula ayah ke rumah, terus memberitahu kepada kami sekeluarga bahawa dia terpaksa ke pejabat ada urusan penting. Terlepas la peluang untuk aku bercerita dengan ayahku apa yang berlaku di sekolah tadi.
Masa berjalan pantas, aku pula tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam waktu begini. Televisyen? tiada apa yang baik yang boleh ditonton sekarang. Semuanya lebih ke arah maksiat semata-mata. Kini banyak sungguh rancangan-rancangan di televisyen yang memaparkan pelbagai perkara negatif. Kadang-kala aku sendiri pun tidak terlepas daripada terjebak dengan unsur-unsur negatif yang muncul dalam televisyen.
Ah! Aku mengelamun lagi. Mungkin aku adalah jenis yang suka memikirkan seribu satu persoalan yang ada dalam dunia ini. Entahlah, aku sendiri tidak pasti. Cerek air yang berbunyi membuatkan aku mempunyai kerja pada petang itu iaitu tugas membuat air milo panas. Aku sangat suka milo panas, begitu juga dengan ibu kesayanganku. Kami sering berbual-bual ketika menghirup secawan air milo panas. itulah waktu yang amat sesuai untuk aku merapatkan hubungan seorang anak dengan seorang ibu. Ibu sangat pandai mengambil hati anak-anaknya dengan mendengar segala isi hati dan luahan perasan yang terpendam dalam diri anak-anaknya termasuklah diriku sendiri. Lagipun, Ibu adalah bekas kaunselor sekolah, jadi sedikit sebanyak pengalamannya itu membuatkan dia sangat hebat dalam bidang yang melibatkan psikologi.
Setelah selesai tugasan " Air Milo " aku tadi, aku terus membawa dua cawan yang berisi air milo itu kepada ibuku yang tercinta.....
No comments:
Post a Comment