Friday, February 7, 2014

Kehidupan baru di IIUM !

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang penuh lapang untuk mengarut didepan laptop !

Hmm.. pada 28 Januari yang lalu, saya telah pun mendaftar sebagai mahasiswa International Islamic University of Malaysia ( IIUM ). Menggalas harapan semua pihak yang pastinya akan terkesan dengan segulung kejayaan atau sebaldi kegagalan yang akan dibawa. entahlah !

Pastinya kejayaan yang diharapkan ! Amiin.

Ada satu sesi ni yang dinamakan sebagai bai'ah. Pentingnya bai'ah ini adalah sebagai pengikat perjanjian atau kontrak antara mahsiswa dan pihak IIUM sendiri. Adalah dalam tu tertulis kena berikrar supaya belajar rajin-rajin, tidak buat perkara yang melanggar syariah Islam, menegakkan hukum Islam, dan.. tidak berpolitik dalam kampus. tehee !

Walaubagaimanapun, ada bagusnya juga pelajar tidak dibenarkan berpolitik dalam kampus. Bukan apa, sebenarnya ada Universiti di luar sana, aktiviti politik didalam kampus menjadi tidak terkawal. Sehinggakan pelajar memusuhi pensyarah kerana ideologi politik yang berbeza. ini sungguh gila !

Tetapi, tidaklah sampai tidak boleh langsung. Buat syarat tak boleh, tapi pastinya kelonggaran tu ada. Kalau cakap boleh terus, hmm.. habis tunggang-langgang kampus dengan politik di merata-tempat. Sedangkan sebab bola pun boleh gaduh. aikk ?

Akhirnya nak cakap dekat sini, minta doa daripada semua yang terbaca blog saya ni. HAHA.

Saya tau blog ini sangat buruk lagi teruk. sungguh tragis !

Blog ini lebih kepada pengisian peribadi saya yang diisi ketika mana saya rasa nak mengisi apa yang boleh terisi di bloh ini. ngee.

Doakan saya dan kami semua sebagai MAHASISWA IIUM ! ^_^

p/s : Jangan lupe sertakan dalam doamu saudara kita yang ditindas.

2 comments: