Saturday, November 21, 2009

Jamuan Akhir Tahun Persatuan 2009

Pada 18.11.2009, iaitu pada hari Rabu yang cerah dan damai telah berlangsungnya majlis atau lebih dikenali sebagai Jamuan Akhir Tahun Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi yang melibatkan ahli-ahlinya. Ia juga turut disertai oleh Para-para pendidik Sekolah Agama Menengah Paya Jaras. Sepanjang jamuan tersebut, aktiviti 'Bola Tenis Beracun' telah dilakukan untuk menghiburkan hati. Pelbagai persembahan telah dilakukan oleh mereka-mereka yang telah terkena racun tersebut. Mangsa-mangsa bola beracun tersebut telah melakukan aksi-aksi yang perlagai. Ada yang menunjukkan cara-cara memasak nasi, memandikan kucing, menyediakan jagung, menenangkan adik yang menangis dan tidak terlupa yang diminta untuk mempromosikan handset dan meluahkan perasaan tentang apa yang paling dia ingini dari kawan-kawannya. Mangsa pembantu terbaik telah dimenangi oleh Muhammad Uwais kerana telah berjaya melakonkan watak adik yang menangis kerana abangnya telah mencuri berus giginya.
Aktiviti 'makan' berlangsung pada pukul 11.30 telah diserati lebih daripada 40 insan yang terdiri daripada ahli dan guru. Makanan pula dipesan melalui katering. Makanan pula memang sedap. Selepas makan sambil dibuai dengan alunan-alunan lagu nasyid yang indah, tibalah masa untuk bertukar-tukar hadiah. Aktiviti telah dikelolakan oleh Muhammad Shafiq/Syafiq. Ada hadiah besar, ada hadiah kecil, ada hadiah gempak, ada hadiah...... Walaubagaimanpun segalanya diukur daripada keikhlasan hati seseorang. Sepanjang majlis itu, Jurugambar utama, iaitu Muhammad Izaan telah menjalankan tugas dengan jayanya apabila berjaya merakam kesemua aktiviti yang dijlankan melalui gambar dan juga video. Tahniah diucapkan kepada Izaan. Gambar-gambar dan video tersebut seterusnya diberikan kepada Megat Hakim untuk di letakkan dalam laman rasmi Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi.
Ahmad Afifuddin telah melaksanakan tugasnya sebagai D.J dengan membawa speaker mudah alih yang digunakan untuk memainkan lagu-lagu nasyid. Muhammad Asyaari pula bertanggungjwab untuk mencipta lagu-lagu hebat secara spontan dan dia berjaya menghidupkan suasana. Begitu juga dengan Afifuddin. Majlis tamat dengan jayanya pada pukul 12.30. Semua bersalaman dan pulang dengan kegembiraan setelah bergambar sepuas-puasnya...
Tetapi beberapa daripada ahli Persatuan Remaja Ikhwan 3 hanafi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Apapun, Saya amat bersyukur apabila ramai yang memberikan komitmen sepanjang majlis itu berlangsung. Saya berharap agar ia dapat dilakukan sekali lagi pada tahun-tahun yang akan datang....itu saja coretan daripada saya...Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment