Monday, December 28, 2009
Cuti Semakin Habis...Sekolah Dah Nak Dekat
Alamak...cenggana ni?? Cuti dah nak habis dah. Tension lah macam ni. Rasa cam x puaslah cuti kali ni. Sepanjang cuti asyik risaukan Result PMR je, Skang ni dah dapat Result.. tp cuti x berbaloi lah kali ni..Bagi sayalah. Kalau anda semua rasa berbaloi..x tahu lah nak cakap ape. Walaubagaimanapun, alhadulillah dapat gak cuti walaupun sekejap. Dapat rehatkan otak dan badan jap sebelum memulakan alam persekolahan yg akan datang. Apapun sepanjang saya yakin anda semua tentu telah mengambil peluang yang ada untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..kan?? ke x?? Kalu x, rugi btol...lakukanlah aktiviti cuti-cuti Malaysia Sepanjang hari keje anda semua ialah berjalan ke sini dan ke sana tanpa henti. Kejap gi Sabah, pastu Sarawak n semua negeri-negeri yg tidak terkecuali. Macam saya x gi jauh..pegi sekitar KL sahaja bersama dengan sahabat-sahabat 3 Hanafi yang lain... Nasib baiklah diorang ikut skali..kalau x, bley jadi boring... OK lah ni sahaja coretan yang mungkin tiada makna buat masa sekarang ni....Assalamualaikum
Tuesday, December 1, 2009
Buku Nasyid versi 3.0
Assalamualaikum semua sahabatku.. Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah pun bersedia dan sedang menerbitkan buku nasyid versi 3.0. Buku nasyid lebih hebat dan lebih cool dari yang sebelumnya. Ye ker?? kalau nak tau tunggulah tahun depan.. Sebenarnya saya terbitkan buku nasyid kerana saya suka. Kenapa saya suka?? cubalah jawab. sape dapat jawab saya kasi hadiah. Betul ni..saya tak tipu.Tulis jawapan di ruangan komen dan saya akan memberikan hadiah kepada anda. Ok, buku nasyid 3.0 ini akan memuatkan beberapa buah lagu nasyid yang mungkin banyaknya melebihi 70 buah lagu. Wuih~ banyaknyer...
Seronok ada buku nasyid, yelah nanti boleh bernasyid bersama sahabat-sahabat lain yang meminati nasyid. Mungkin ada yang tak minat sangat nasyid nih.. Tapi saya lain..semua jenis lagu saya suka..tapi lagu tersebut mestilah ada unsur pengajaran..kalau yang jiwang-jiwang pun biarlah yang ada unsur pengajaran. Betul x?? Apepun saya bagitau just nak inform kepada kowang sumer..sekurang-kurangnya bolehlah di ambil sedikit maklumat daripadanya..
Dengan ini saya mengucapkan bertrillion, berbillion, bermillion terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menerima dengan baik kelahiran buku nasyid ni sejak dari Form 1 saya mula menerbitkannya..huhuh...ok disini sajalah saya berceloteh..sampaikan salam saya kepada keluarga kowang semua..moga sentiasa dalam rahmat-Nya...Assalamualaikum...

Thursday, November 26, 2009
Hari Raya Aidiladha...
.Alhamdulillah sampai juga perjalanan kita semua. Marilah kita sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuan dan kenikmatan. Sesunguhnya Allah menjadikan hari ini sebagai hari yang mulia. Pada hari ini penuh orang-orang ke masjid untuk menunaikan ibadat sunat muakad. Tapi, jangan buat-buat malas pulak nak solat Jumaat..hehe. Hari ni tak dapat nak tengok orang masjid sembelih lembu-lembu di masjid Bandar Baru Sungai Buloh.. Yelah kena balik cepat..nak makan lemang dan daging lembu..Nasib baik x tercekik..lama x makan daging lembu.. Camne ngan sahabt-sahabat sumer punya pengalaman. Kalau rajin, ceritalah sikit kat laman comment.
Apapun kita mesti tahu apa pentingnya hari raya haji atau qurban ni Allah adakan. Ia disambut atas dasar memberi dan merasa. Si pemberi dan si penerima masing-masing menerima dan memberi. Si pemberi daging Qurban akan menerima pahala dan si penerima akan menerima daging qurban dan memberi pula ucapan terima kasih dan itu juga adalah doa. Walaubagaimanapun, ramai di zaman sekarang telah menyalah tafsir kiraan pahala Qurban. Ramai yg mengira pahala melalu jumlah daging yang disedekahkan untuk diqurbankan, Walhal pahala itu dikira melalui siapa penerima daging qurbannya itu?? Adakah penerima itu betul-betul layak?? itulah persoalannya. Tapi x mengapalah kerana segalanya bergantung pada niat yang terbit dari hati seseorang itu.
Hari raya Aidiladha memberi banyak maksud kepada kita semua. Maksud-maksud yang mendalam seperti semangat kerjasama, toleransi, mengingati mereka yang kurang dan bernasib baik dan semangat persaudaraan yang kukuh tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturnanan seseorang. Semangat kerjasama yang terbit apabila pelapah-pelapah yang berkerjasam melapah daging-daging qurban untuk diberikan kepada mereka-mereka yang layak menerimanya. Sikap toleransi yang muncul apabila setiap bahagian daripada daging qurban akan dibahagiakan dahulu kepada yang layak menerima, jika ada yang lebih barulah diberikan kepada yang lain. Memperingati mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi mereka daging-daging qurban untuk dibawa balik dihidang kepada ahli keluarga yang mungkin selama ini tidak pernah merasa daging..jangan pelik.. dunia ini luas, segala boleh terjadi.
Semangat persaudaraan pula bangkit apabila semua umat islam bersatu melaungkan alunan takbir memuji tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.
Apabila semua ini berlaku, maka akan wujudlah satu umat islam yang kuat dan bersatu padu dan itulah yang paling penting. Perpaduan umat islam yang mampu membuatkan kafirun merasa gentar kepada umat islam teruatamanya apabila berjuta-juta umat islam dari seluruh pelusuk dunia menghadirkan diri ke Mekah lalu membentuk satu jemaah yang mampu menggegar jiwa-jiwa kafirun dan juga munafik dan yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, itulah kehebatan umat islam..mampu meredah setiap ujian dan keperitan sepanjang perjalanan haji yang dijalankan demi menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
Jadi, dengan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi dan hormati sekalian...moga sihat sejahtera bersama keluarga disamping mendapat keberkatan dan keredhaan sepanjang kehidupan....Amiiiin.....Assalamualaikum

Tuesday, November 24, 2009
Cuti Sekolah dan Keputusan PMR!!
Yeay!! Cuti sekolah, cuti riang ria... tak ada buku, tak ada latihan, tak ada keja rumah. Seonoknya!!! Itulah yang seing disebutkan masa kita semua kecik2 dulu. Seonok sungguh masa tuh. Bila cuti je apalagi.... pergi sana, pergi sini. Gembira sungguh.... Kalau masa kecik dulu, semua nampak seronok, main kejar-kejar, sorok-sorok dan macam-macam lagilah. Tapi, semua tu sudah jauh pergi, kita meninggalkan peristiwa itu dan hanya mendekatinya dalam kenangan. Terasa macam nak balik semula ke zaman silam. Masa tak boleh diputar kembali, maka disinilah sekarang kita bediri bersedia menghadapi segala liku-liku hidup. Setiap ujian yang akan datang akan kita hadapi dengan penuh semangat berbekalkan iman dan pengalaman dalam hidup.
Walaubagaimanpun, sekarang kita perlulah menumpukan pada kejayaan yang entah akan menjadi milik kita atau sebaliknya. Kejayaan yang perlu kita capai dalam masa yang terdekat ini iaitu mendapat 9A dalam semua mata pelajaran. Tetapi jika kita tidak mendapat 9A, adakah ia dikira tidak bejaya?? Semestinya tidak, ingat kejayaan bukan dikia berdasarkan hasilnya, tetapi dikira berdasakan usaha yang dilakukan untuk mendapatkan hasilnya. Ingat, jangan lupa tau. Kalaulah dapat 9A...kita semua akan buat sujud syukur lah ramai-ramai secara spontan...setuju???
Apepun pengalaman mendapat keputusan cemerlang pada UPSR akan menjadikan kita semakin gerun untuk tidak berjaya mencapai hasil yang diinginkan. Biasalah tuh, apabila kita sentiasa senang, kita akan merasa susah apabila datangnya ujian. Tak pecaya?? Percayalah, itu kenyataannya. Yelah, setiap kali peiksa kita dapat keputusan yang hebat... tapi sekali je jatuh... kita akan rasa lain.. seolah-seolah dunia nak mengembang jadi sebesar matahari. Ini just pendapat aku, tak ada niat nak menyinggung mana-mana pihak.
Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat-sahabat agar semua bejaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat... Majulah Islam untuk dunia dan akhiat...

Monday, November 23, 2009
Iran pemangkin kebangkitan Islam
Iran kali ini mula menunjukkan kekuatannya apabila memulakan latihan pertahanan udara yang berlangsung selama 5 hari. Latihan ketenteraan ini dilakukan bagi menjamin keselamatan proram nuklearnya bagi menjana tenaga eletrik. Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dan Kesatuan Eropah(EU) mengatakan bahawa Iran menkalankan program nuklearnya atas dasar ketenteraan bukan atas sumber tenaga. Lihatlah betapa kuatnya hasad dan dengki orang-orang kafir ke atas negara islam. Bahkan mereka sanggup menggunakan ancaman ketenteraan bagi memuaskan perasaan hasad dan dengki mereka ke atas sebuah negara islam yang kini sedang membangunkan dengan pesat. Kemajuan negara Iran berlandaskan pada semangat jihad membuatkan ramai dikalangan penduduknya samada lelaki mahupun wanita menyertai pasukan tentera sokongan. iaitu sebuah angkatan yang akan dikerah pada bila-bila masa sahaja apabila agama islam memerlukan mereka. Mereka terdiri daripada kebanyakannya orang awam.
Negara Iran juga turut mencipta pelabagai teknologi yang berkaitan dengan ketenteraan. peluru-peluru berpandu yang mampu mencapai 3000 kilometer pada kelajuan 16,000 mph mampu sampai ke negara Israel. Peluru-peluru berpandu itu juga mampu melakukan kemusnahan yang dashat ke atas negara Isarael. Kelihatan seperti Iran lebih kepada kemusnahan dan bukan pada perdamaian. Tetapi, sudah berapa lama perjanjina telah dilakukan diantara kafir dan islam. Dan berapa kali pula mereka mencabulinya??? Jika apa yang dikatakan oleh saya ini salah.. cubalah lihat apa yang terjadi ke atas Palestin sekarang ini?? Adakah mereka bebas sekarang?? tepuk dada tanya iman.
Kehebatan negara Iran mencapai kemuncaknya apabila lahirnya revolusi kebangkitan islam yang berteraskan pada perjuangan islam dan menolak budaya barat telah menjadikan Iran sebuah negara yang berani dan bersedia berhadapan dengan Isarel dan sekutunya. Presiden Iran, telah banyak mengulas tentang kezaliman Israel. Beliau juga banyak kali mengatakan tentang melenyapkan Israel daripada muka bumi ini. Inilah contoh yang kita perlukan pada seseorang pemimpin. Sifat keberanian, ketakwaan dan kepimpinan yang ditunjukkan telah menjadi perangsang kepada rakyat Iran bersedia menghadapi segala kemungkinan daripada kafirun.
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang negara Iran dan teknologi juga cara pemerintahan berteraskan islamnya, sila ke wikipedia. Di sana anda akan mendapat artikel-artikel yang ditulis berkenaan dengan negara Iran. Ini sahaja coretan daripada saya....sedikit maklumat untuk anda......Assalamualaikum

Saturday, November 21, 2009
Jamuan Akhir Tahun Persatuan 2009
Pada 18.11.2009, iaitu pada hari Rabu yang cerah dan damai telah berlangsungnya majlis atau lebih dikenali sebagai Jamuan Akhir Tahun Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi yang melibatkan ahli-ahlinya. Ia juga turut disertai oleh Para-para pendidik Sekolah Agama Menengah Paya Jaras. Sepanjang jamuan tersebut, aktiviti 'Bola Tenis Beracun' telah dilakukan untuk menghiburkan hati. Pelbagai persembahan telah dilakukan oleh mereka-mereka yang telah terkena racun tersebut. Mangsa-mangsa bola beracun tersebut telah melakukan aksi-aksi yang perlagai. Ada yang menunjukkan cara-cara memasak nasi, memandikan kucing, menyediakan jagung, menenangkan adik yang menangis dan tidak terlupa yang diminta untuk mempromosikan handset dan meluahkan perasaan tentang apa yang paling dia ingini dari kawan-kawannya. Mangsa pembantu terbaik telah dimenangi oleh Muhammad Uwais kerana telah berjaya melakonkan watak adik yang menangis kerana abangnya telah mencuri berus giginya.
Aktiviti 'makan' berlangsung pada pukul 11.30 telah diserati lebih daripada 40 insan yang terdiri daripada ahli dan guru. Makanan pula dipesan melalui katering. Makanan pula memang sedap. Selepas makan sambil dibuai dengan alunan-alunan lagu nasyid yang indah, tibalah masa untuk bertukar-tukar hadiah. Aktiviti telah dikelolakan oleh Muhammad Shafiq/Syafiq. Ada hadiah besar, ada hadiah kecil, ada hadiah gempak, ada hadiah...... Walaubagaimanpun segalanya diukur daripada keikhlasan hati seseorang. Sepanjang majlis itu, Jurugambar utama, iaitu Muhammad Izaan telah menjalankan tugas dengan jayanya apabila berjaya merakam kesemua aktiviti yang dijlankan melalui gambar dan juga video. Tahniah diucapkan kepada Izaan. Gambar-gambar dan video tersebut seterusnya diberikan kepada Megat Hakim untuk di letakkan dalam laman rasmi Persatuan Remaja Ikhwan 3 Hanafi.
Ahmad Afifuddin telah melaksanakan tugasnya sebagai D.J dengan membawa speaker mudah alih yang digunakan untuk memainkan lagu-lagu nasyid. Muhammad Asyaari pula bertanggungjwab untuk mencipta lagu-lagu hebat secara spontan dan dia berjaya menghidupkan suasana. Begitu juga dengan Afifuddin. Majlis tamat dengan jayanya pada pukul 12.30. Semua bersalaman dan pulang dengan kegembiraan setelah bergambar sepuas-puasnya...
Tetapi beberapa daripada ahli Persatuan Remaja Ikhwan 3 hanafi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Apapun, Saya amat bersyukur apabila ramai yang memberikan komitmen sepanjang majlis itu berlangsung. Saya berharap agar ia dapat dilakukan sekali lagi pada tahun-tahun yang akan datang....itu saja coretan daripada saya...Assalamualaikum...

Subscribe to:
Posts (Atom)